Pertandingan nyanyian mencipta lagu-lagu Murut bertemakan Kalimaran sempena pesta Kalimaran peringkat Daerah Kecil Kemabong akan didakan pada 12 Ogos ini bermula pada puku 7 malam di Dewan Ontoros di Kemabong.
Setiausaha penganjur, Hendry Pangal berkata melalui pertandingan tersebut selain dapat mencungkil bakat-bakat baharu ia juga merupakan platform dalam memartabatkan lagu Murut untuk diketengahkan di persada yang lebih tinggi.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita RTM di Tenom.
Katany,penyertaan pertandingan itu terbuka kepada yang berminat dan menetap di daerah kemabong dan Sipitang sahaja.
Beliau berharap agar pertandingan ini dapat mencari bakat baru dan memperbanyakkan koleksi lagu Murut yang bertemakan Pesta Kalimaran yang digunakan pada masa akan datang.
Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan tersebut boleh berhubung dengan Jaideh Andayol- 014 883 2669 atau Hendry Pangal- 010 518 5337
Pertandingan tersebut akan dirasmikan oleh Wakil Rakyat Kemabong, Datuk Rubin Balang.
No comments:
Post a Comment