KENINGAU: Walaupun UMNO kini berdepan dengan kemelut yang disebabkan dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab melalui media sosial namun masalah itu masih boleh diselesaikan.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abd Ghani Datuk Yassin bagi membantu menyelesaikan permasalahan itu, beliau mengajak seluruh rakan-rakan seperjuangan, para perwakilan dan semua ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) bermula di peringkat akar umbi untuk sama-sama menumpukan pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Katanya walaupun tarikh PRU akan datang masih belum ditentukan namun persiapan awal perlu dilakukan bagi memastikan UMNO yang menjadi teras kepada kerajaan dan juga BN.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian P.180 Keningau dan Umno Bahagian P.182 Pensiangan yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Keningau.
Sementara itu ketika berucap dalam majlis sama, Ketua UMNO Bahagian Keningau yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haji Sairin Haji Karno berkata UMNO Pedalaman Zon 4 iaitusememangnya prihatin dan memahami dan tidak mempunyai alasan untuk tidak menyokong tindakan rombakan kabinet persekutuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini.
Jelasnya tindakan itu adalah hak mutlak Datuk Seri Najib dan semua serangan yang dilakukan melalui media sosial merupakan tohmahan dan fitnah berniat jahat yang ingin menghancurkan UMNO dan kerajaan BN.
Sehubungan itu beliau mengajak seluruh ahli UMNO untuk terus memberi sokongan kepada kepimpinan yang menerajui kerajaan ketika ini.
Pada mesyuarat perwakilan itu, Datuk Abd Ghani dan Datuk Haji Sairin turut melaungkan sokongan penuh terhadap kepimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Zahid serta kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
No comments:
Post a Comment