Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Daerah Kecil Kemabong Sukimin Rukini berkata, dengan adanya pengetahuan mereka tentang usaha itu secara tidak langsung dapat mengekalkan serta memartabatkan lagi kepelbagaian keunikan sambutan pesta itu terutamanya dalam mengenali sosiobudaya subetnik Murut secara lebih mendalam.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam siaran Murut di Konti Palian Radio Malaysia Keningaufm.
Pada masa sama, Sukimin berharap masyarakat Murut dan orang ramai dapat hadir sekaligus memeriahkan lagi sambutan Pesta Kalimaran peringkat daerah kecil Kemabong yang diadakan pada 15 Ogos ini di Dewan Sri Ontoros yang bermula seawal pukul 7 pagi.
Katanya, pelbagai aktiviti diadakan antaranya, persembahan Tarian, Sukan rakyat dan pameran kebudayan suku kaum Murut, anyaman kraftangan dan lain-lain lagi.
Segak...Lelaki Murut memakai pakaian tradisional mereka. |
No comments:
Post a Comment