Monday, 17 August 2015

Remaja 14 tahun ditahan bantu siasatan kes curi motorsikal

Oleh Dullis Saimon

         Polis Keningau berjaya menemui semula motorsikal yang dipercayai dicuri oleh seorang remaja lelaki tempatan berumur 14 tahun di salah sebuah kampung di Keningau pada 14 jun lalu.

         Ketua Polis Keningau DSP Douglas Taong berkata, motorsikal itu telah ditemui pada 12 ogos lalu sekitar pukul 1 petang di daerah Beaufort.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibupejabat polis daerah di Keningau.


DSP Douglas Taong ketika sidang media ibupejabat polis daerah Keningau

         Katanya, hasil soal siasat terhadap suspek turut ditahan seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun  berasal dari daerah beaufort untuk membantu siasatan, suspek juga didapati positif dadah jenis syabu.

        Jelas beliau, kedua-dua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat dibawah seksyen 379 A Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih 7 tahun dan boleh dikenakan denda.

        Manakala seorang lagi suspek positif dadah itu turut dikenakan tuduhan seksyen 15 (1)(a) akta dadah berbahaya 1952.

        Sementara dalam satu kes berasingan, DSP Douglas berkata pihaknya telah menahan seorang remaja lelaki tempatan berumur22 tahun kerana terlibat dalam kejadian samun di salah sebuah kedai makan di Pekan Keningau pada 15 ogos lalu kira-kira pukul 10 malam.

       Tegas beliau, rakan-rakan suspek seramai 4 orang yang masih bebas kini giat diburu dan kes disiasat dibawah sekysen 379 A Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih 7 tahun dan boleh dikenakan denda.

No comments:

Post a Comment