Wednesday, 12 August 2015

'Orou Kalimaran' juara pertandingan akhir Lagu Murut 2015

       Lagu bertajuk 'Orou Kalimaran' ciptaan Joslee Angin telah dinobatkan sebagai juara sempena Pertandingan Akhir Lagu Murut bertemakan Kalimaran 2015.

       Dinyanyikan Fifyonie Joslee, lagu tersebut telah menewaskan 9-peserta akhir lain yang telah berlangsung di Dewan Sri Ontoros, Kemabong pada malam semalam (Rabu).


Kolaborasi mantap... Fyfyonie bersama ayahnya, Joslee.
         Tempat kedua pula disandang peserta Sepitang, Mayau Rakan dengan lagu taruhan beliau 'Natangkas Tifuku'. Lagu itu juga turut memenangi lirik terbaik.

         Manakala gandingan tuan rumah, Fred Peter dan Raino Robbot di tempat ketiga dengan lagu bertajuk 'Kalimaran'.

        Sementara itu dalam ucapan perasmian, Senator Dewan Negara, Datuk Dr. Lucas Umbol mengajak masyarakat Murut agar terus menjaga, mengekal dan memartabatkan bahasa ibunda sebagai warisan berharga masyarakat itu sendiri.

        Beliau hadir mewakili Wakil Rakyat Kemabong yang juga Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS), Datuk Rubin Balang.

        Datuk Dr. Lucas yang juga Timbalan Presiden PMS turut menyifatkan penganjuran pesta Kalimaran berupaya menjadi produk pelancongan berasaskan kebudayaan masyarakat Murut.

        Lebih seribu masyarakat sekitar Kemabong hadir memeriahkan pertandingan tersebut. Turut hadir Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie Unggi.

No comments:

Post a Comment