KENINGAU: Penglibatan dalam bidang kesukanan tidak akan mengabaikan tanggungjawab pelajar untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang pendidikan.
Ketua Exco Pergerakan Pemuda PBS Negeri Sabah Datuk Jack Jikulin Nointin berkata penganjuran sukan untuk peringkat sekolah adalah salah satu usaha sebagai produk dalam melahirkan modul insan yang berkualiti.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga MSS SMK Keningau kali ke-29 di Kompleks Sukan Keningau.
![]() |
Datuk Jack Jikulin Nointin ketika berucap di Kompleks Sukan Keningau |
Katanya, program sukan disekolah mampu membentuk atlet yang berdisiplin, produktif serta berkemampuan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulum.
Tambah beliau lagi, acara sukan seperti yang dianjurkan kesedaran generasi muda dalam penjagaan kesihatan serta kecergasan fizikal dan juga minda.
Sementara itu, pengetua SMK Keningau Ahmud Hj Saribin yakin dengan pemupukan aktiviti kokurikulum seperti ini pastinya akan melahirkan pelajar yang cerdas dan juga berdaya saing.
Acara pada hari itu diserikan dengan acara perbarisan lintas hormat daripada 11 buah kotinjen yang bertanding,serta persembahan silat dan tarian daripada pelajar-pelajar SMK Keningau.
No comments:
Post a Comment