Saturday, 15 August 2015

Perpaduan masyarakat Sabah jadi penarik pelancong luar negara

       Perpaduan dan kepelbagaian memupuk semangat kekitaan dan persaudaraan menjamin keharmonian dan kelansungan pembangunan negara.

       Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh berkata, perpaduan kaum khususnya di negeri Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik akan membawa satu tarikan pelancongan di negeri ini.

       Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Bunga di Taman Pertanian Sabah, Tenom.
Katanya, menerusi perpaduan yang dikecapi, Kerajaan dapat merancang dan mengadakan pelbagai program yang boleh menjana sosioekonomi penduduk setempat maklumatdan langkah terbaik untuk meningkatkan industri landskap negara.


Datuk Radin Malleh

      Tambahnya lagi,program tersebut dapat memupuk dan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada keindahan flora dan fauna seterusnya membudayakan aktivti landskap dan perkebunan sebagai gaya hidup sihat dan sejahtera.

      Beliau berharap, sambutan pesta bunga sebagai salah satu usaha pemuliharan tumbuhan yang dilaksanakan bagi memastikan tumbuh-tumbuhan yang sukar ditemui terus dipulihara dan menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung ke Daerah Tenom.

No comments:

Post a Comment