KENINGAU: Para pendakwa islam yang datang dari luar negeri perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak mufti negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah JHEAINS. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Arifin Arif berkata ini adalah bagi memastikan para pendakwa islam yang datang dinegeri ini mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan selain mengelak daripada melakukan penyebaran dakyah yang bertentangan dengan ajaran agama islam sebenar dan adat budaya hidup di negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita RTM selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Guru-Guru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah JHEAINS bahagian Pedalaman Atas di Keningau.
![]() |
Datuk Haji Arifin bin Haji Arif ketika berucap di dalam majlis tersebut |
Sementara itu, beliau mahu pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM agar memantau serta mengambil tindakan tegas terhadap individu dilaman sosial yang cuba menjadikan isu agama yang berniat untuk memecahbelahkan perpaduan sedia ada.
Terdahulu berucap pada majlis itu, Datuk Arrifin berkata, pelbagai pembangunan prasarana aliran sekolah-sekolah agama dirancang untuk dibangunkan di seluruh negeri ini.
Katanya, antara usaha yang akan diketengahkan adalah menaiktaraf mana-mana sekolah agama yang masih daif dan serba kekurangan dari segi kemudahan infrastruktur pendidikan.
Jelas beliau lagi, melalui program yang diadakan itu ia juga merupakan platform guru-guru agama untuk mengentengahkan setiap permasalahan berkaitan seterusnya akan diajukan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.
Sementara pada majlis itu, beliau turut mengumumkan daerah kecil sook bakal menerima sebuah sekolah agama negeri yang akan dilaksanakan tahun depan selepas tapak pembinaannya telah dikenal pasti.
No comments:
Post a Comment