KENINGAU: Pelaksanaan Bulan Kebangsaan menggantikan Hari Kemerdekaan merupakan satu langkah wajar dalam meningkatkan lagi semangat patrotisme pelbagai lapisan masyarakat kini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Radin Malleh berkata, dengan adanya pelaksanaan itu secara tidak langsung mengubah persepsi masyarakat setempat tentang sambutan bulan kemerdekaan sebelum ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran bulan kebangsaan dan pelepasan konvoi kembara merdeka peringkat daerah keningau tahun 2015 di kompleks sukan keningau.
Datuk Radin Malleh ketika berucap di Kompleks Sukan Keningau |
Pada masa sama, beliau juga turut menyeru rakyat agar terus memperkukuhkan lagi perpaduan sedia ada berlandaskan prinsip rukun negara selain saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun terdiri daripada penduduk yang pelbagai kaum dan agama.
Datuk Radin yang juga wakil rakyat melalap turut meningatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh kepada isu-isu yang boleh mengugat keamaan negara sebaliknya bijak menilai untuk kebaikan generasi muda masa kini.
Sementara itu, sebanyak 26 pelbagai agensi kerajaan dan orang ramai menyertai konvoi pada program tersebut.
No comments:
Post a Comment