Penduduk Kampung yang tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan agar tidak mengendahkan amaran banjir yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berikutan cuaca pada masa kini tidak menentu.
Pemangku ketua balai Bomba dan Penyelamat Tenom Jalimin Darus berkata ini adalah bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku selain memudahkan pihak berkuasa memindahkan para mangsa banjir sekiranya berlaku sebarang kemungkinan.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita RTM d Tenom.
Sehubungan itu katanya sekiranya berlaku kejadian banjir di kawasan berisiko banjir penduduk kampung digesa untuk menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, portal Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan cuaca hujan akan berterusan sehingga ahad ini.
No comments:
Post a Comment