TENOM: Masyarakat setempat diseru untuk celik aplikasi ICT seiring dengan kemajuan sains dan teknologi masa kini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh berkata, aplikasi ICT mampu mengwujudkan masyarakat yang progresif bagi menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan generasi yang pakar dalam bidang tersebut.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi "Kamsahamnida' ITU-ICT Volunteers 2015 di Pusat Kebudayaan Murut Tenom.
![]() |
Datuk Radin Malleh |
Katanya, selain dari perkongsian ilmu ICT daripada para sukarelawan dari Korea itu, ia juga menjadi platform untuk berkongsi bahasa dan budaya masing-masing khususnya memperkenalkan budaya suku kaum Murut.
Sementara itu, Pengarah MCMC Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Mazlan Othman berkata, program yang julung kali diadakan di Malaysia itu merupakan satu inisiatif untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia sekali gus menarik minat belia pedalaman untuk mendalami ilmu ICT.
Katanya, seramai 4 orang sukarelawan dari Korea yang berkampung selama 2 bulan di Kg Sawang Melalap telah menjalankan pelbagai aktiviti ICT dan kebudayaan bersama komuniti serta berjaya menghasilkan mobile apps "Bahasa Korea Untuk Kita Semua".
No comments:
Post a Comment