Monday, 31 August 2015

Kewujudan fahaman Islamic State (IS) di Tawau dan Sandakan dipantau oleh kerajaan

Oleh Caloy

TENOM: Kerajaan pantau aktiviti kumpulan yang menyokong fahaman Islamic State IS di sekitar daerah Tawau dan Sandakan di Sabah.

     Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,  ini berikutan hasil siasatan diterima pihaknya bahawa kumpulan tersebut mempunyai objektif untuk merealisasikan penubuhan sebuah negera Daulah Islamiah ( Pan-Islamic State) merangkumi Malaysia, Indonesia dan Selatan Filipina.

     Beliau berkata demikian dalam satu sidang media  selepas merasmikan mesyuarat persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tenom di Dewan Seri Panglima Antanom di Tenom.

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

     Katanya, kumpulan ini dikesan penubuhannya  disabah sejak 2009 dan kebanyakan anggota kumpulan ini adalah terdiri daripada rangkaian bekas anggota jemaah Islamiah JI dan turut disertai bekas pejuang Kumpulan Militan Mujahidin Malaysia KMM.

     Selain itu katanya,  kumpulan ini berkemampuan menyediakan bantuan logistik  kepada anggotan Militan tempatan ada asing dan berupaya menguruskan aktiviti merekrut anggota tempatan untuk menyokong IS dan aktiviti penyeludupan senjata api di Sabah.

     Walaubagaimanapun katanya, situasi keselamatan di Sabah pada masa kini masih terkawal meskipun terdapat  unsur-unsur yang boleh mendatangkan ancaman terhadap keadaan keselamatan semasa.

     Terdahulu berucap merasmikan majlis itu,  Datuk Seri Hissamudin yang juga Naib Presiden UMNO mengingatkan para ahli parti UMNO diseluruh negara agar mencontohi ahli-ahli UMNO di Sabah yang sentiasa mengutamakan  kesepaduan, semangat kekeluargaan, saling hormat menghormati dikalangan ahli parti dan menjaga kebajikan pelbagai lapisan rakyat.

     Sementara itu dalam ucapan aluan, Bahagian UMNO Tenom kesal dengan pelbagai pihak memberi tohaman kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai pemimpin negara.

     Ketuanya, Datuk Rubin Balang berkata  sikap sedemikian bukan sahaja menimbulkan presepi negatif akan tetapi boleh memburukkan kewibawaan kerajaan sebagai peneraju pembangunan negara.

No comments:

Post a Comment