Ketuanya, Datuk Rubin Balang berkata sebaliknya para ahli parti tanpa mengira jawatan perlu bersama-sama menggalas tugas dengan telus terutamanya dalam mendekati permasalahan rakyat di peringkat akar umbi.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat pergerakan puteri UMNO Tenom di dewan terbuka Pejabat UMNO Parlimen di Tenom.
![]() |
Datuk Rubin Balang |
Katanya, dengan adanya usaha tersebut akan memantapkan lagi perjuangan parti sebagai tulang belakang pihak kerajaan dalam merealisasikan setiap program pembangunan negara.
Pada masa sama, Datuk Rubin yang juga wakil rakyat Kemabong turut meningatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh kepada isu-isu semasa dilaman sosial yang boleh menjatuhkan imej barisan pemimpin kerajaan dan nama baik negara.
Sementara itu dalam ucapan aluan, Ketua Pengerakkan Puteri UMNO Tenom Norazlizah Latif berkata, bagi pengerakkan puteri UMNO Tenom akan terus menyokong dasar-dasar parti terutamanya dalam menjaga kebajikan rakyat selaras dengan seruan pihak kerajaan dalam membela nasib rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Beliau juga berharap jalinan kerjasama sediada di kalangan ahli parti disemua peringkat akan terus dikekalkan demi kebaikan bersama.
Terdahulu dalam usul pada mesyuarat itu, pergerakan puteri UMNO Tenom menyokong penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri yang juga presdien UMNO Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam memimpin negara selain berharap isu-isu nasional dapat diselasaikan oleh pihak berkuasa dengan telus dan adil.
Pada Majlis itu, Datuk Rubin turut menerima borang keahlian baharu seramai 200 ahli
No comments:
Post a Comment