KENINGAU: Penjawat awam digesa untuk bergerak positif, kreatif dan profesionalisme bagi menjadikan Perkhidmatan Awam Kelas Pertama menjelang tahun 2018.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh berkata,untuk itu penjawat awam dituntut kepada perubahan minda, budaya serta proses kerja yang efisyen, feksibel, integrity dan berdaya saing serta keluar dari keselesaan tidak hanya berpuas hati dengan hasil dan pencapaian semasa semata-mata.
Beliau berkata demikian pada Program Turun Padang Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) "Jasamu Di Kenang" Pedalaman Atas di Keningau.
Datuk Radin Malleh ketika menyampaikan ucapan di dalam program tersebut |
Katanya, penyampaian dan kecekapan tadbir urus yang baik merupakan ekspektasi perlu diberi perhatian selaras dengan dasar Kerajaan yang mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan pencapaian.
Justeru itu katanya, penjawat awam seharusnya sentiasa prihatin kepada keperluan rakyat dan sentiasa terbuka kepada maklum balas yang diterima dari rakyat setempat.
Tambah Datuk Radin yang juga Wakil Rakyat Melalap, penjawat awam juga harus meletakkan diri sebagai agen transformasi yang berkesan sebagai pelaksana program pembangunan, penyampai maklumat yang sahih, jelas, tepat dan mudah difahami rakyat.
Terdahulu berucap pada majlis tersebut, beliau menyeru kepada pesara untuk terus menyumbang idea dan tenaga melalui penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan, persatuan , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.
Katanya, pesara yang bergiat aktif diharapkan dapat membantu kerajaan dalam apa juga program yang dirancang demi kepentingan dan kesejateraan rakyat.
Pada majlis tersebut seramai 68 pesara kawasan pedalaman diraikan.
No comments:
Post a Comment