Wednesday, 12 August 2015

Program Info Rakyat 1 Malaysia pastikan keberkesanan penyampaian maklumat

          Majlis perasmian Program Info Rakyat 1 Malaysia akan diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Sinulihan Baru, Sook pada 13 Ogos bermula pada pukul 8.00 pagi.

          Pegawai Penerangan Keningau, Hendry Nurdin berkata matlamat program tersebut adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menyampaikan maklumat dengan memastikan penyampaian pihak kerajaan hingga ke peringkat akar umbi.

          Beliau berkata demikian kepada Media di Keningau.

          Katanya, itu juga antara lain bagi merapatkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat dengan menanamkan kepercayaan masyarakat terhadap pekhidmatan yang diberikan oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan agar dapat memenangi hati rakyat terhadap kewibawaan kerajaan.

          Program sehari itu menyasarkan penduduk kampung setempat dan sekitar disamping para ahli-ahli Komuniti 1Malaysia diisi dengan pelbagai program antaranya Pameran jabatan dan agensi kerajaan.

          Pertandingan mewarna, derma darah, saringan kesihatan, Demonstrasi Keselamatan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ceramah GST oleh Jabatan Kastam Kota Kinabalu, persembahan tarian kebudayaan, Penyampaian anugerah cemerlang (PMR,SPM,STPM 2014) dan cabutan tiket bertuah. 

No comments:

Post a Comment