Sunday, 23 August 2015

Kerajaan berusaha tangani krisis penurunan harga pasaran kelapa sawit dan getah

Oleh Dullis Saimon

KENINGAU: Kerajaan pusat kini mencari jalan penyelasaian untuk menangani penurunan harga pasaran kelapa sawit dan getah di negara ini.

     Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Razali Ibrahim berkata beberapa langkah bersesuaian kini dicadangkan antaranya menjalin hubungan perniagaan dengan kerajaan negara indonesia yang mana negara itu merupakan negera kedua pengeluar terbesar bekalan bahan mentah tanaman itu diseluruh rantau asia.

     Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis persidangan pengerakkan sayap Pemuda,Puteri dan Wanita UMNO Pensiangan di Dewan Masyarakat di Keningau.

Dato Razali Ibrahim

     Katanya,  dengan adanya langkah sedemikian akan dapat memulihkan semula harga kelapa sawit dan getah diseluruh negara ini sekaligus membantu meningkatkan lagi sosioekonomi para pekebun kecil diseluruh negara.

     Sementara itu, Dato Razali yang juga ahli majlis tertinggi umno mengingatkan para ahli  parti di semua peringkat agar bijak menghadapi pelbagai cabaran masa kini terutamanya isu-isu semasa yang boleh mejatuhkan nama pemimpin kerajaan yang boleh memecahbelahkan perpaduan nasional negera.

     Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Pensiangan Jehan Osman Ongkomod bersama pergerakan sayap Pemuda, Puteri dan Wanita menyatakan sokongan padu kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam memimpin negara.

     Katanya, dalam persidangan yang diadakan itu berharap pelbagai pembangunan dapat dibawah Ke kawasan pensiangan yang masih kekurangan kemudahan awam.

No comments:

Post a Comment