Seorang pelajar sekolah menengah Keningau Dua di Keningau, Mohamad Suhairi Zakwan Mohamad Safri berumur 15 tahun dipecayai lemas selepas bermandi-manda bersama rakannya di Sungai Bayayo, Taman Bandukan, Bunsit, Keningau pada 4.45 petang isnin kelmarin.
Ketua Polis Daerah Keningau DSP Douglas Taong yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi Pemberita RTM berkata, mangsa yang lemas itu masih belum di temui dan operasi mencari mangsa masih giat dijalankan dari tempat kejadian dengan pihak Bomba bersama Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia JPAM.
Katanya, semasa kejadian mangsa telah dibawah arus deras oleh sungai berkenaan setelah itu rakan mangsa yang sendiri melihat kejadian itu telah memaklumkan kepada bapa mangsa dan menghubungi talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan segera.
No comments:
Post a Comment