Sunday, 23 August 2015

Zahid Hamidi gesa pemimpin UMNO jalankan tanggungjawab dengan amanah

KENINGAU: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin UMNO mengamalkan kebersamaan agar kedudukan atau jawatan yang diamanahkan dapat dilaksana dengan penuh tanggungjawab demi rakyat.

     Menurut beliau kesalingan di antara pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan akan menjayakan agenda perjuangan UMNO dan Barisan Nasional untuk negara.

     Beliau menjelaskan semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Gabungan UMNO Keningau/Pensiangan di Dewan Masyarakat di Keningau.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

     Datuk Zahid turut mengajak, rakyat Sabah untuk saling bersatu padu dan tidak menjadikan perbezaan pendapat yang boleh mengugat kekuatan parti demi memastikan negeri ini terus berada dibawah tampuk pemerintahan sedia ada.

     Peruntukkan sejuta ringgit diberi kepada Parlimen terpilih bagi projek pembangunan.

No comments:

Post a Comment