Para pemaju atau kontraktor yang menjalankan projek pengorekan sungai di sekitar daerah ini perlu meletakkan papan tanda amaran di lokasi projek mereka.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Polis ( DSP ) Douglas Nyeging Taong berkata, ini amat penting sebagai langkah keselamatan orang awam yang ingin mandi manda dan santai di sungai.
Katanya, jika tiada papan tanda amaran, orang awam tidak mengetahui sama ada tempat berkenaan bahaya atau tidak.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian seorang pelajar yang lemas semasa mandi manda di sungai Bayayo Taman Bandukan Bunsit pada petang Isnin yang kebetulan tempat kejadian adalah lokasi pengorekan sungai oleh sebuah syarikat di daerah ini.
Dalam masa yang sama Douglas menasihatkan para kontraktor yang melakukan projek pengorekan sungai supaya peka dengan keselamatan orang awam.
Katanya, keselamatan orang awam perlu diambil kira sebelum atau semasa menjalankan mana-mana projek.
No comments:
Post a Comment