Oleh LeoLerry Lajius
KENINGAU: Hospital Keningau akan menganjurkan “Projek Zon Bebas Katarak Sabah”, sempena Karnival Pembedahan Katarak Hospital Keningau yang akan diadakan pada 4 hingga 6 September ini.
Program seumpama itu yang diadakan selama lima tahun dan Keningau sebagai lokasi yang pertama adalah salah satu langkah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat mengenai penyakit katarak.
Demikian dinyatakan Jawatan Kuasa Pelaksana program itu, Puan Thercy Langiton.
Katanya, seramai 50 orang pesakit dari pedalaman akan turut serta dalam karnival itu yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa penyakit katarak mata merupakan penyakit yang boleh disembuhkan dan masyarakat disarankan agar tidak takut untuk berjumpa dengan doctor sekiranya mengalami simptom katarak mata.
Menurut beliau lagi, penganjuran karnival ini akan dijadikan sebagai panduan untuk melihat sejauh manakah kesan kesedaran masyarakat mengenai penyakit ini dengan melihat reaksi masyarakat sepanjang lima tahun penganjuran karnival tersebut.
Selain mengadakan program sebegini pihak hospital juga akan mengadakan aktiviti bersama penduduk pedalaman melalui program masuk kampung untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Turut diadakan sepanjang program tersebut ialah pameran peralatan yang digunakan untuk merawat dan membuat pembedahan penyakit katarak dan penerangan langkah pencegahan juga akan turut diadakan.
No comments:
Post a Comment