Wednesday, 19 August 2015

Datuk Raime Unggi nafi terlibat dalam kumpulan 20 ahli parlimen bertujuan menggulingkan kerajaan

Oleh Dullis Saimon

TENOM: Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi MENAFIKAN sekeras-kerasnya tuduhan yang disebarkan di laman media sosial bahawa kononnya beliau antara 20 ahli Parlimen yang berniat mengulingkan kerajaan.

        Jelas Datuk Raimie, sehingga kini beliau sentiasa menyokong padu kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

        Beliau berkata demikian ketika dihubungi Pemberita RTM di Tenom.

Datuk Raime Unggi

         Tegasnya lagi, tuduhan dan fitnah tidak bermoral itu dipandang amat serius dan boleh mencemarkan imej ahli-ahli Parlimen terutama dari pihak kompenen parti Barisan Nasional (BN).

        Tambah Datuk Raimie lagi, laporan polis telah pun dibuat untuk siasatan selain akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan.

No comments:

Post a Comment