Sunday, 23 August 2015

Wanita UMNO Tenom perjuang parti demi membela nasib generasi akan datang

Oleh Hector Zamit

TENOM: Pergerakan wanita UMNO Bahagian Tenom komited dalam mendokong padu perjuangan parti sebagai wadah membela nasib generasi masa depan.

     Ketuanya Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata,pihaknya sentiasa berada dihadapan dalam memperjuang dan mempertahankan hak-hak serta kepentingan berpegang teguh pada prinsip perjuangan ‘Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat”.

     Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tenom di Tenom.

     Katanya,Wanita Umno menzahirkan sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj Aman untuk terus menerajui pimpinan kerajaan dan parti.

     Dalam pada itu,Wanita Tenom diajak untuk terus meningkatkan usaha bagi memastikan UMNO dan barisan Nasional mampu meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti.

    Datuk Rahmahjan turut mengingatkan ahli-ahli Wanita agar berhati-hati agar tidak membiarkan diri terpengaruh dengan dakyah mana-mana pihak untuk melaga-lagakan saf kepimpinan dengan niat untuk memecah belah kesatuan yang terjalin.

No comments:

Post a Comment