Tuesday, 11 August 2015
Mangsa lemas dijumpai
Susulan kes Lemas di Sungai Bayayo,Taman Bandukan Bunsit, Keningau.
Mayat seorang pelajar yang hilang ketika bermandi manda di Sungai Bayayo, Taman Bandukan Bunsit Keningau Petang Kelmarin di temui PAGI TADI.
Mangsa Mohamad Suhairi Zakwan Mohamad Safri, 15 tahun ditemui dikawasan mangsa lemas kira-kira pukul 9.40 pagi tadi oleh orang awam yang membantu usaha mencari dan menyelamat.
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 Daerah Keningau, Balasius Ampun berkata, selain pasukan bomba dan penyelamat, gerakan mencari turut dibantu Polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), RELA dan penduduk kampung.
Dalam kejadian petang Isnin , mangsa ke sungai berkenaan bersama rakan-rakan untuk bermandi manda. Bagaimanapun, mangsa dipercayai lemas dan dihanyutkan arus deras.
Serentak itu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Keningau dengan bantuan POLIS dan JPAM serta penduduk kampung menjalankan gerakan mencari dan menyelamat petang KELMARIN.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Daerah Keningau untuk bedah siasat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment