Sunday, 23 August 2015

Batu Sumpah akan dipindahkan ke lokasi baharu

Oleh LeoLerry Lajius

KENINGAU: Batu Sumpah sempena penubuhan malaysia pada 16 September tahun 1963 akan dipindahkan ke lokasi baharu dalam menjaga keharmonian masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, monumen sejarah itu yang berada di perkarangan Pejabat Daerah Keningau akan dipindahkan berhampiran Pejabat Tanah dan Ukur di daerah Keningau.

Beliau berkata demikian semasa berucap  merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan dan Kempen Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN Sabah di Dewan Arked di Keningau.


Tan Sri Joseph Kurup

Menurutnya, catatan asal 'Kerajaan Malaysia Jamin' juga akan dikembalikan semula bagi memastikan nilai sejarah Batu Sumpah dalam Pembentukan Negara  dihormati selama-lamanya.

Mengenai sambutan bulan kebangsaan, Tan Sri Joseph Kurup turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus komited melaksanakan program mengukuhkan nilai-nilai berkonsepkan 'sehati-sejiwa'.

Lebih 40 Kawasan Rukun Tetangga dari seluruh negeri Sabah berhimpun di Dewan Arked Keningau bagi menjayakan Program Minggu Perpaduan peringkat Negeri Sabah anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah.


Batu sumpah yang diletakkan di perkarangan Pejabat Daerah Keningau

No comments:

Post a Comment