KENINGAU: Liga sepak takraw Sabah Zon Keningau menjadi satu medium dalam mencungkil bakat baru khususnya generasi muda dalam sukan sepak takraw.
Presiden Sepak Takraw Daerah Tenom, Jamawi Jaffar berkata pertandingan pada kali ini akan mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada anak-anak muda yang terdapat di kawasan pedalaman iaitu daripada daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan.
Beliau berkata demikian ketika di hubungi oleh pemberita RTM.
![]() |
Jamawi Jaafar |
Katanya, dengan adanya penganjuran itu akan dapat mendedahkan anak-anak muda di kawasan pedalaman dalam sukan sepak takraw seterusnya dapat mewakili Sabah dalam pertandingan yang lebih tinggi.
Tambah beliau lagi, sokongan daripada masyarakat pedalaman ini amat diperlukan bagi memeriahkan lagi pertandingan kali ini seterusnya dapat memartabatkan lagi sukan sepak takraw negara ini.
Liga Sepak Takraw itu akan bermula pada 30 hingga 31 Ogos ini bertempat di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, penyertaan hanya terbuka kepada pemain yang penduduk tetap daerah Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan yang berumur bawah 35 Tahun.
Tarikh penyertaan tutup adalah pada 29 Ogos ini, sebarang pertanyaan boleh berhubung daripada dengan En. Abdul Chin no telefon 010-5873633 dan En. Wajahim Simon di no 013-8501365.
No comments:
Post a Comment