Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Keningau John Aping berkata, toleransi di kalangan kepelbagaian kaum di Malaysia membolehkan pembangunan dilaksana dengan lancar dan masyarakat akan mendapat manfaat daripadanya.
![]() |
John Aping |
Beliau berkata demikian pada program Kibar Jalur Gemilang Kampung Panagatan Ulu di Keningau.
Katanya,masyarkat bertuah sebagai rakyat negara Malaysia, penduduk hidup aman damai dan boleh melakukan pelbagai aktiviti tanpa sebarang gangguan dan ia adalah proses berterusan apa yang dicapai setakat ini perlu terus dipupuk dan diperkukuh.
Bercakap mengenai majlis itu, John berkata generasi muda hendaklah menghayati dan menghargai keamanan dan kesejahteraan negara serta perpaduan yang terjalin dalam kalangan masyarakat dengan menanamkan semangat patriotik dalam diri.
Tambahnya, nilai patriotik yang dipupuk menjadikan setiap warga mengetahui peranan dalam pembangunan negara, termasuk semangat mengibarkan jalur gemilang yang tidak hanya dilakukan pada bulan kebangsaan sahaja.
Terdahulu berucap pada majlis berkenaan, Pengerusi JKKK Kampung Panagatan Ulu, Ramian Ayub berkata, pihaknya akan sentiasa berkerjasama dengan mana-mana pihak khususnya dalam program membentuk modal insan dan mengukuhkan jati diri penduduk kampung.
Program Anjuran bersama JKKK Kg Penangatan Ulu dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kampung berkenaan itu turut diisi dengan aktiviti perarakan Jalur Gemilang yang dilepaskan Oleh Wakil Rakyat Sook, Datuk Ellron Angin, sukaneka rakyat dan nyanyian lagu-lagu patriotik.
No comments:
Post a Comment