Monday, 10 August 2015

Ibu Bapa punyai peranan dalam pembentukan minda anak-anak

          Ibu bapa diseru agar meneruskan dalam memberi sokongan kepada anak-anak mereka untuk terlibat dalam setiap aktiviti yang dianjurkan khusus untuk kanak-kanak tabika.
Pegawai Kemas Keningau Yusly Nassir berkata, penglibatan anak-anak dalam aktiviti seperti ini dapat membentuk anak-anak yang aktif dan membentuk perkembangan minda mereka dengan aktiviti yang sihat dan cergas.
          Beliau berkata demikian pada program Hari Potensi Kemas Peringkat Parlimen Keningau di padang Kampung Merampong di Keningau.
  Katanya, hari potensi mampu mendidik anak-anak dalam membentuk persaingan secara sihat di antara mereka  dan membimbing mereka untuk mengamalkan amalan yang sihat dengan aktiviti bersukan.
Sehubungan dengan itu katanya, guru-guru perlu mempertingkatkan kualiti dalam membimbing kanak-kanak secara lebih efektif dan seimbang dari segi pembelajaran di dalam kelas dan di luar kelas.
          Sepanjang hari potensi itu berlangsung pelbagai aktiviti sukan seperti bola jaring,gala panjang, futsal, gerak kreatif dan juga silat telah diadakan.

No comments:

Post a Comment