KENINGAU: Jangan jadikan alasan kurangnya kelengkapan pembelajaran di sekolah untuk tidak mengajar atau tidak datang ke sekolah.
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah PPD Keningau Jamilah Talib berkata, ini kerana terdapat laporan diterima oleh pihaknya bahawa ada sebahagian warga pendidik bersikap sedemikian.
Beliau berkata demikian ketika semasa berucap merasmikan majlis penyerahaan surat kenaikan pangkat para warga pendidik daerah keningau di Dewan Sekolah Kebangsaan SK Kampung Keningau di Keningau. Beliau yang hadir bagi mewakili PPD Keningau Masly Wahip.
Jamilah Talib ketika menyerahkan watikah kenaikan pangkat |
Jamilah juga turut mengingatkan para warga pendidik agar tidak menyalahkangunakan segala kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan terutamanya berkaitan cuti rehat kerja dan cuti bersalin sehingga membebankan para warga pendidik yang lain.
Pada masa sama beliau juga menyarankan para warga pendidik agar sentiasa mempertingkatkan prestasi pencapaian tahap kerja dari masa ke masa dan bukannya menganggap kenaikan pangkat yang diterima itu sebagai satu kebanggaan.
Pada majlis itu, seramai 116 warga pendidik sekitar daerah Keningau menerima kenaikan pangkat secara time best dari gred DG32 ke DG34 dan DG41 ke DG44.
No comments:
Post a Comment