Sunday, 23 August 2015

Kelab Rukun Tetangga mempunyai peranan penting dalam membina perpaduan dalam kalangan masyarakat

Oleh Nazihah Yuhimin

KENINGAU: Kelab Rukun Tetangga diseru agar turut membantu kerajaan dalam memenuhi hasrat serta dasar kerajaan untuk membina perpaduan dikalangan masyarakat.

      Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah Delin Liet AK Blaun berkata,kesepakatan masyarakat dalam menyemarakkan serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam penerapan nilai-nilai kesatuan adalah satu usaha dalam membentuk negara yang harmoni.

     Beliau berkata demikian ketika ditemui bual di Konti Palian Radio Malaysia Keningaufm.

Delin Liet AK Blaun ketika ditemuramah di konti Palian Radio Malaysia Keningau fm.

     Menurut beliau Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan 2015 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Sabah adalah julung-julung kalinya  diadakan di daerah Keningau dan majlis tersebut akan dirasmikan oleh Yang Behormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

     Sementara itu beliau turut menyarankan agar Kelab Rukun Tetangga dapat melebarkan peranan mereka untuk menyatupadukan masyarakat dalam program-program yang berfaedah serta mampu menyemai semangat cintakan negara dan patriotisme dalam kalangan masyarakat.

     Pelbagai aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut seperti pameran daripada 26 gerai Kelab Rukun Tetangga di sekitar negeri sabah, pertandingan menyumpit dan memasak berasaskan ubi.

No comments:

Post a Comment