KENINGAU: Masyarakat diajak memperteguhkan azam dan tekad bersama-sama berganding bahu menjayakan agenda transformasi negara demi kesejahteraan semua.
Ketua Pemuda PBRS Sook, Ramian Ayub berkata, perpaduan yang kental di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama adalah kunci kepada kejayaan untuk melaksanakan pelbagai perancangan pembangunan negara.
Beliau berkata demikian kepada media di Keningau.
![]() |
Ramian Ayub |
Katanya, masyarakat perlu mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dikecapi yang membolehkan rakyat menjalankan kehidupan harian tanpa sebarang anasir luar yang boleh menganggu gugat keamanaan negara.
Justeru katanya, Malaysia yang dilestarikan dengan keunikan suku dan budayanya perlu dikekalkan dengan penghayatan kemerdekaan perjuangan pimpinan terdahulu yang membawa kesejahteraan hari ini.
Tambah Ramian,generasi lama berperanan sebagai golongan yang mempunyai tanggungjawab penting memperingatkan generasi baru tentang sejarah agar mereka dapat lebih menghargai pelbagai pembangunan dan kemudahan yang dinikmati sekarang.
No comments:
Post a Comment