Wednesday, 19 August 2015

Reaksi pesara Majlis Jasamu Dikenang daerah Keningau 2015

Oleh Nazihah Yuhimin

KENINGAU: Penganjuran Majlis Jasamu Dikenang Daerah Keningau bagi tahun 2015 dilaksanakan untuk memberi penghargaan kepada 68 pesara perkhidmatan awam negeri atas sumbangan mereka sepanjang tempoh mereka berkhidmat.

         Zulkifli Nasir berkata, para pesara perlu mengisi aktiviti yang bermanfaat selain dari membawa kepuasan kepada diri dan turut  bermanfaat kepada negara. Beliau telah berkhidmat selama 28 tahun dan tempat perkhidmatan terakhir  beliau adalah di Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN).
Menurut Aliron Nolantan yang telah berkhidmat selama 35 tahun bertugas di jabatan terakhir beliau di Jabatan Air Sabah berkata pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh para pesara diharapkan agar mereka tidak akan mensia-siakannya begitu sahaja.

         Sementara itu, Bonggolan@Justin Kundaiga yg telah berkhidmat selama 35 tahun di Jabatan Kerja Raya berharap agar penganjuran majlis seperti ini akan dilangsungkan dengan lebih meriah pada masa akan datang.

         Pendapat beliau juga disokong oleh Alexcius Mansin yang telah berkhidmat 41 tahun di Jabatan Perhutanan Sabah menyatakan majlis ini adalah satu majlis yang sangat bermakna bagi para pesara sebagai pengikhtirafan kepada sumbangan yang telah diberikan selama tempoh berkhidmat.

No comments:

Post a Comment