TENOM: Kejayaan sesebuah kelab sukan bukan sahaja bergantung di atas kesungguhan jawatankuasa kelab berkenaan tetapi juga perlu melibatkan kerjasama erat di kalangan ibu bapa, masyarakat dan pertubuhan yang lain.
Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, Datuk Peter Anthony berkata, pelbagai agensi swasta juga turut diperlukan bagi menyokong aktiviti sukan tempatan sekaligus mengasah dan mengetengahkan bakat muda sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kelab Taekwondo KDM Tenom di Dewan OKK Sangau Jalang di Pekan Melalap di Tenom.
![]() |
Datuk Peter Anthony ketika berucap semasa di Majlis Perasmian Kelab Taekwondo KDM Tenom |
Datuk Peter Anthony turut mengumumkan sumbangan sebanyak 10-ribu ringgit kepada Kelab Taekwondo KDM Tenom bagi penyediaan kelengkapan latihan kelab tersebut.
Setakat ini kelab tersebut mempunyai lebih 70-ahli pelbagai peringkat talipinggang yang aktif dari daerah Keningau, Tambunan, Nabawan, Sook, Kemabong dan Tenom.
No comments:
Post a Comment