Monday, 31 August 2015

Isu perhimpunan Bersih perlu ditangani agar tidak menjadi amalan

Oleh Caloy

TENOM: Kerajaan perlu tangani isu perhimpunan bersih 4.0 agar perkara itu tidak berulang pada masa akan datang.

     Ketua Pergerakan EXCO Pemuda UMNO Malaysia Jamawi Jaffar berkata ia bukan sahaja mengguggat keamanan negara akan tetapi merupakan satu tindakan sia-sia dan merugikan semua pihak yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

     Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis mesyuarat persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tenom di Dewan Seri Panglima Antanom di Tenom.


Jamawi Jaafar
     Katanya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi segala permasalahan perlu ditangani dengan baik dan bukannya membelakangi isu keselamatan sejagat.

     Sehubungan itu, Jamawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom berkata barisan Pemuda UMNO Malaysia sentiasa membuka ruang kepada golongan generasi masa kini untuk mengemukakan sebarang permasalahan  seterusnya memperhalusi setiap masalah itu dengan bijak demi kebaikan bersama.

No comments:

Post a Comment