Oleh Nazihah Yuhimin
TAMBUNAN: Penganjuran program pelancaran sambutan kempen jalur gemilang dan konvoi kembara merdeka jalur gemilang bagi tahun 2015 mendapat sambutan yang meriah daripada para peserta konvoi dan masyarakat setiap persinggahan kampung.
Pengerusi JKKK serta pengerusi KRT KG Kirokot Vincent Saradon beliau sangat gembira dan berpuas hati dengan penganjuran program seperti itu dan beliau berharap agar program seperti ini akan diteruskan lagi dengan perancangan yang lebih teratur.
Pendapat beliau juga disokong oleh wakil daripada peserta konvoi daripada Majlis Daerah Tambunan Dina William Yusun menyatakan bahawa program ini adalah satu langkah yang baik dan progresif dilakukan untuk menyemai semangat kesepaduan diantara masyarakat terutama sekali masyarakat di daerah tambunan.
Sementara itu, menurut Doktor Debra Epun daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Ternakan dan perusahaan Tambunan berkata usaha ini adalah usaha positif yang mampu menaikkan semangat masyarakat dalam mencintai negara Malaysia bukan sahaja pada bulan kebangsaan tetapi juga pada setiap waktu.
Tambahnya lagi beliau menyarankan agar para belia juga dapat melibatkan diri dalam program seperti ini pada masa akan datang sekaligus dalam Memperingati serta menghayati hari kebangsaan setiap tahun.
Norfaizah Tamil wakil dari JHEINS Tambunan pula berkata pogram kembara ini adalah salah satu usaha yang baik kerana ianya dapat membentuk ukhuwah silaturahim antara pemimpin dan juga masyarakat
No comments:
Post a Comment