Wednesday, 12 August 2015

Kerajaan negeri peruntuk RM2 juta perbaiki infrastruktur kecil daerah Sook

         Sejumlah 2 juta ringgit diperuntukkan kerajaan negeri bagi membaiki beberapa jalan kebun serta jalan masuk ke Sekolah Rendah Lanas di daerah kecil sook.

        Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Elron Alfred Angin berkata  peruntukkan yang diberikan itu adalah kewajipan pihak kerajaan dalam memberi kemudahan pembangunan dan keselesaan rakyat di luar bandar sekaligus meningkatkan pendapatan melalui hasil pertanian dan pendidikan dalam melahirkan modal insan cemerlang.
  
         Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Dewan SMK Tulid dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah bagi tahun 2015 di Tulid Sook.

        Sementara itu,Datuk Ellron yang juga wakil rakyat sook berharap melalui pelbagai pembangunan yang dibangunkan di kawasan daerah kecil sook agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh masyarakat setempat demi kebaikan bersama terutamanya dalam program membasmi kemiskinan.

No comments:

Post a Comment