Christiey, 31 yang berasal dari Keningau menggambarkan suasana Pesta ini amat meriah ditambah lagi dengan pengisian seperti persembahan pementasan dan juga pameran
. Beliau yang kali pertama datang ke Pesta ini berazam akan datang lagi pada penganjuran tahun yang seterusnya untuk terus mengikuti kemeriahannya.
Sementara itu, Kelsy,16, pelajar SMK Tshung Tsien berkata penganjuran pesta ini yang turut mengadakan pelbagai aktiviti pertandingan juga merupakan satu langkah yang baik untuk mencungkil bakat dalam kalangan peserta.
Salah satu rakan pertanian sabah yang turut mengadakan pameran sempena pesta tersebut, Guru Besar SJKC Chi Vun Tenom, Wong Enchun, penganjuran pesta ini merupakan satu inisiatif yang baik sebagai salah satu langkah untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Pendapat beliau juga disokong oleh Puan Erah 40, di mana beliau mengatakan alam sekitar merupakan aset yang penting dan harus dijaga agar dapat mengelakkan persepsi negatif dari pelancong dan seterusnya menarik lebih ramai pelancong datang ke Tenom.
Oleh LeoLerry Lajius
No comments:
Post a Comment