KENINGAU: Semangat ingin tahu tentang sejarah Malaysia perlulah dipupuk dari usia yang masih muda sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan berintegriti.
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap Wakil Rakyat Liawan Datuk Haji Sairin Haji Karno berkata program seumpama ini adalah satu usaha yang positif dimana ianya mampu memberikan pendedahan dan maklumat penting mengenai sejarah pembentukan Malaysia kepada seluruh rakyat khususnya kepada generasi muda.
Tambahnya lagi, dalam usaha memartabatkan serta menanamkan semangat cintakan tanah air dikalangan rakyat Malaysia kerajaan akan sentiasa memberikan bantuan serta sokongan terhadap penganjuran program-program seumpama ini.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Sejarah Malaysia dan Produk Pelancongan Pedalaman Daerah Keningau 2015 di Auditorium Perpustakaan Wilayah Keningau.
Datuk Sairin Karno ketika memberi ucapan di dalam majlis tersebut |
Katanya, dalam usaha untuk memajukan industri pelancongan di negeri Sabah Karnival Pelancongan seperti ini adalah kaedah yang paling sesuai dan berkesan untuk memperkenalkan serta mempromosikan produk yang terdapat di negeri Sabah.
Beliau turut menyarankan kepada masyarakat atau para pengusaha di kawasan pedalaman untuk menerokai produk-produk pelancongan yang terdapat di Sabah agar para pengunjung dapat menikmati sesuatu yang baru dan unik .
Pelbagai aktiviti yang telah disusun atur selama dua harim berakhir ESOK,antaranya pameran daripada agensi kerajaan dan NGO, gerai jualan dan produk pelancongan, kempen derma darah, serta beberapa pertandingan yang dikendalikan oleh Perpustakaan Wilayah Keningau.