Oleh Nazihah Yuhimin
KENINGAU: Seminar Penyelidikan Pendidikan bagi Zon Sabah akan diadakan pada 2 hingga 4 September 2015 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.
Jurucakap Penganjur Vijayen Gopal berkata, program bertemakan ‘ Memperkasa pendidikan menerusi penyelidikan kontemporari’ diharap memberi kesedaran kepada golongan pendidik mengenai keperluan pembelajaran sepanjang hayat yang signifikan dunia sebenar bagi membangunkan keupayaan literasi masyarakat menangani isu-isu semasa.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Keningau.
Katanya,objektif seminar dijalankan adalah bagi mencapai kecemerlangan pendidikan selaras dengan tuntutan negara menerusi institusi pendidikan keguruan selain daripada menyediakan medan perbincangan yang lebih bersifat intelektual di antara para pendidik.
Program julung kali diadakan itu anjuran bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau dan Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.
Monday, 31 August 2015
Masyarakat Keningau diseru bersama-sama martabat agenda tranformasi negara
Oleh Hector Zaimit
KENINGAU: Masyarakat diajak memperteguhkan azam dan tekad bersama-sama berganding bahu menjayakan agenda transformasi negara demi kesejahteraan semua.
Ketua Pemuda PBRS Sook, Ramian Ayub berkata, perpaduan yang kental di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama adalah kunci kepada kejayaan untuk melaksanakan pelbagai perancangan pembangunan negara.
Beliau berkata demikian kepada media di Keningau.
Katanya, masyarakat perlu mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dikecapi yang membolehkan rakyat menjalankan kehidupan harian tanpa sebarang anasir luar yang boleh menganggu gugat keamanaan negara.
Justeru katanya, Malaysia yang dilestarikan dengan keunikan suku dan budayanya perlu dikekalkan dengan penghayatan kemerdekaan perjuangan pimpinan terdahulu yang membawa kesejahteraan hari ini.
Tambah Ramian,generasi lama berperanan sebagai golongan yang mempunyai tanggungjawab penting memperingatkan generasi baru tentang sejarah agar mereka dapat lebih menghargai pelbagai pembangunan dan kemudahan yang dinikmati sekarang.

![]() |
Ramian Ayub |

RM5000 setiap tahun disalur kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (ASTAKA) cawangan Tenom
Oleh Caloy
TENOM: Parlimen Tenom menyalurkan geran tahunan sejumlah 5-ribu ringgit setiap tahun kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia ASTAKA Cawangan Tenom selain turut menyumbang sepasang karpet gelanggang sepak takraw kepada persatuan itu.
Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, denganya adanya peruntukkan geran tahunan itu serta sumbangan kemudahan sukan membolehkan persatuan berkenaan mempelbagaikan lagi aktiviti berkaitan tentang sukan sepak takraw terutamanya dalam mencari bakat-bakat baharu dikalangan generasi muda masa kini.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan kejohanan liga sepak takraw Sabah LLS Zon Keningau 2015 di Dewan Seri Panglima Antanom di Tenom.
Pada masa sama Datuk Raime turut mengesa kepada pihak ASTAKA agar dapat memperluaskan lagi aktiviti sukan sepak takraw dikawasan pedalaman dengan memberi pendedahan dan pendidikan lebih mendalam tentang sukan itu disebabkan pada masa kini sukan tersebut bukan sahaja digemari dikalangan lelaki akan tetapi penyertaan golongan wanita amat menggalakkan.
Sementara itu, Presiden ASTAKA Sabah Datuk Awang Syam berkata, melalui kejohanan tersebut bukan sahaja medan pencarian bakat baharu akan tetapi platform kepada pihaknya untuk mencari pemain pelapis untuk diketengahkan ke kejohanan yang lebih tinggi. Selain itu katanya, dengan adanya kebolehan serta kemampunan bakat baharu yang ditonjolkan melalui kejohanan itu secara tidak langsung sasaran untuk merangkul lebih banyak pingat emas pada Sukan Malaysia SUKMA akan datang.
Manakala bagi pengerusi Penganjur merangkap Presiden ASTAKA Cawangan Tenom Jamawi Jaffar berkata, kejohanan tersebut adalah julung kali diadakan di daerah Tenom dan berharap melalui kejohanan itu dapat menyuntik semangat golongan belia dan beliawanis untuk menyertai kejohanan itu pada masa akan datang.
Tambah Jamawi lagi, walaupun kali pertama dianjurkan di daerah itu, penyertaan para pasukan dari setiap daerah amat menggalakkan.
Sementara itu, seramai 30 pasukan lelaki dan wanita dari sekitar pedalaman atas menyertai kejohanan tersebut.
TENOM: Parlimen Tenom menyalurkan geran tahunan sejumlah 5-ribu ringgit setiap tahun kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia ASTAKA Cawangan Tenom selain turut menyumbang sepasang karpet gelanggang sepak takraw kepada persatuan itu.
Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, denganya adanya peruntukkan geran tahunan itu serta sumbangan kemudahan sukan membolehkan persatuan berkenaan mempelbagaikan lagi aktiviti berkaitan tentang sukan sepak takraw terutamanya dalam mencari bakat-bakat baharu dikalangan generasi muda masa kini.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan kejohanan liga sepak takraw Sabah LLS Zon Keningau 2015 di Dewan Seri Panglima Antanom di Tenom.
![]() |
Datuk Raime Unggi |
Sementara itu, Presiden ASTAKA Sabah Datuk Awang Syam berkata, melalui kejohanan tersebut bukan sahaja medan pencarian bakat baharu akan tetapi platform kepada pihaknya untuk mencari pemain pelapis untuk diketengahkan ke kejohanan yang lebih tinggi. Selain itu katanya, dengan adanya kebolehan serta kemampunan bakat baharu yang ditonjolkan melalui kejohanan itu secara tidak langsung sasaran untuk merangkul lebih banyak pingat emas pada Sukan Malaysia SUKMA akan datang.
Manakala bagi pengerusi Penganjur merangkap Presiden ASTAKA Cawangan Tenom Jamawi Jaffar berkata, kejohanan tersebut adalah julung kali diadakan di daerah Tenom dan berharap melalui kejohanan itu dapat menyuntik semangat golongan belia dan beliawanis untuk menyertai kejohanan itu pada masa akan datang.
Tambah Jamawi lagi, walaupun kali pertama dianjurkan di daerah itu, penyertaan para pasukan dari setiap daerah amat menggalakkan.
Sementara itu, seramai 30 pasukan lelaki dan wanita dari sekitar pedalaman atas menyertai kejohanan tersebut.
Sambutan Hari Kebangsaan peringkat kampung-kampung di Keningau Meriah
Oleh Norlela Sadi
KENINGAU: Sambutan Hari Kebangsaan di peringkat kampung menunjukkan semangat patriotik masih kental di kalangan penduduk di daerah ini.
Demikian dinyatakan oleh Pemimpin pembangunan Masyarakat N34 Liawan Sahanip Jamil ketika merasmikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Kampung Tudan Baru.
Katanya sambutan Hari Kebangsaan menjadi landasan untuk rakyat lebih bersatu padu disamping dapat mengimbas kembali jasa-jasa mereka yang telah bertungkus lumus mencapai kemerdekaan negara untuk dihargai dan diteruskan oleh generasi muda.
Beliau mengingatkan penduduk kampung agar tidak leka dengan arus pembangunan teknologi moden terutama sekali dengan kewujudan media sosial tetapi perlu bijak mendapatkan faedah daripadanya.
Sahanip turut menegaskan agar perbezaan idea dan pendapat seharusnya dilihat secara positif demi untuk kelangsungan pembangunan masyarakat kampung dan negara amnya.
Selain itu beliau meminta agar penduduk menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu "Sehati Sejiwa" supaya sentiasa bersatu hati dalam apa juga keadaan walau berbeza kaum, kepercayaan dan di mana sahaja berada.
Sambutan yang dianjurkan bersama oleh Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN), Persatuan Belia dan JKKK Kampung Tudan Baru ini diserikan dengan acara perbarisan antara blok, pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Sahanip Jamil |

Isu perhimpunan Bersih perlu ditangani agar tidak menjadi amalan
Oleh Caloy
TENOM: Kerajaan perlu tangani isu perhimpunan bersih 4.0 agar perkara itu tidak berulang pada masa akan datang.
Ketua Pergerakan EXCO Pemuda UMNO Malaysia Jamawi Jaffar berkata ia bukan sahaja mengguggat keamanan negara akan tetapi merupakan satu tindakan sia-sia dan merugikan semua pihak yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis mesyuarat persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tenom di Dewan Seri Panglima Antanom di Tenom.
Katanya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi segala permasalahan perlu ditangani dengan baik dan bukannya membelakangi isu keselamatan sejagat.
Sehubungan itu, Jamawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom berkata barisan Pemuda UMNO Malaysia sentiasa membuka ruang kepada golongan generasi masa kini untuk mengemukakan sebarang permasalahan seterusnya memperhalusi setiap masalah itu dengan bijak demi kebaikan bersama.
TENOM: Kerajaan perlu tangani isu perhimpunan bersih 4.0 agar perkara itu tidak berulang pada masa akan datang.
Ketua Pergerakan EXCO Pemuda UMNO Malaysia Jamawi Jaffar berkata ia bukan sahaja mengguggat keamanan negara akan tetapi merupakan satu tindakan sia-sia dan merugikan semua pihak yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis mesyuarat persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tenom di Dewan Seri Panglima Antanom di Tenom.
![]() |
Jamawi Jaafar |
Sehubungan itu, Jamawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom berkata barisan Pemuda UMNO Malaysia sentiasa membuka ruang kepada golongan generasi masa kini untuk mengemukakan sebarang permasalahan seterusnya memperhalusi setiap masalah itu dengan bijak demi kebaikan bersama.
Kewujudan fahaman Islamic State (IS) di Tawau dan Sandakan dipantau oleh kerajaan
Oleh Caloy
TENOM: Kerajaan pantau aktiviti kumpulan yang menyokong fahaman Islamic State IS di sekitar daerah Tawau dan Sandakan di Sabah.
Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini berikutan hasil siasatan diterima pihaknya bahawa kumpulan tersebut mempunyai objektif untuk merealisasikan penubuhan sebuah negera Daulah Islamiah ( Pan-Islamic State) merangkumi Malaysia, Indonesia dan Selatan Filipina.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan mesyuarat persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tenom di Dewan Seri Panglima Antanom di Tenom.
Katanya, kumpulan ini dikesan penubuhannya disabah sejak 2009 dan kebanyakan anggota kumpulan ini adalah terdiri daripada rangkaian bekas anggota jemaah Islamiah JI dan turut disertai bekas pejuang Kumpulan Militan Mujahidin Malaysia KMM.
Selain itu katanya, kumpulan ini berkemampuan menyediakan bantuan logistik kepada anggotan Militan tempatan ada asing dan berupaya menguruskan aktiviti merekrut anggota tempatan untuk menyokong IS dan aktiviti penyeludupan senjata api di Sabah.
Walaubagaimanapun katanya, situasi keselamatan di Sabah pada masa kini masih terkawal meskipun terdapat unsur-unsur yang boleh mendatangkan ancaman terhadap keadaan keselamatan semasa.
Terdahulu berucap merasmikan majlis itu, Datuk Seri Hissamudin yang juga Naib Presiden UMNO mengingatkan para ahli parti UMNO diseluruh negara agar mencontohi ahli-ahli UMNO di Sabah yang sentiasa mengutamakan kesepaduan, semangat kekeluargaan, saling hormat menghormati dikalangan ahli parti dan menjaga kebajikan pelbagai lapisan rakyat.
Sementara itu dalam ucapan aluan, Bahagian UMNO Tenom kesal dengan pelbagai pihak memberi tohaman kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai pemimpin negara.
Ketuanya, Datuk Rubin Balang berkata sikap sedemikian bukan sahaja menimbulkan presepi negatif akan tetapi boleh memburukkan kewibawaan kerajaan sebagai peneraju pembangunan negara.

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein |

Kurang kelengkapan bukan alasan untuk tidak ke sekolah
Oleh Caloy
KENINGAU: Jangan jadikan alasan kurangnya kelengkapan pembelajaran di sekolah untuk tidak mengajar atau tidak datang ke sekolah.
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah PPD Keningau Jamilah Talib berkata, ini kerana terdapat laporan diterima oleh pihaknya bahawa ada sebahagian warga pendidik bersikap sedemikian.
Beliau berkata demikian ketika semasa berucap merasmikan majlis penyerahaan surat kenaikan pangkat para warga pendidik daerah keningau di Dewan Sekolah Kebangsaan SK Kampung Keningau di Keningau. Beliau yang hadir bagi mewakili PPD Keningau Masly Wahip.
Jamilah juga turut mengingatkan para warga pendidik agar tidak menyalahkangunakan segala kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan terutamanya berkaitan cuti rehat kerja dan cuti bersalin sehingga membebankan para warga pendidik yang lain.
Pada masa sama beliau juga menyarankan para warga pendidik agar sentiasa mempertingkatkan prestasi pencapaian tahap kerja dari masa ke masa dan bukannya menganggap kenaikan pangkat yang diterima itu sebagai satu kebanggaan.
Pada majlis itu, seramai 116 warga pendidik sekitar daerah Keningau menerima kenaikan pangkat secara time best dari gred DG32 ke DG34 dan DG41 ke DG44.

Jamilah Talib ketika menyerahkan watikah kenaikan pangkat |

Thursday, 27 August 2015
300 orang pelajar terima bantuan sumbangan PEKEMA
Oleh Leolerry Lajius
KENINGAU: Seramai 3 ratus orang pelajar dalam Parlimen Keningau diberikan bantuan berupa peralatan persekolahan dan wang tunai sumbangan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA).
Presiden PEKEMA, Ridzuan Datuk Hj. Lassim berkata, sumbangan tersebut merupakan satu inisiatif untuk membantu pelajar yang kurang kemampuan bagi memudahkan mereka menjalankan aktviti persekolahan terutama sekali bagi pelajar pedalaman.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sumbangan Persekolahan Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia anjuran UMNO P.180 Keningau di Keningau.
Katanya, PEKEMA telah mengenalpasti seramai 3 ribu 3 ratus orang pelajar di seluruh sabah yang perlu dibantu dari pelbagai aspek terutama sekali bantuan persekolahan.
Tambahnya, PEKEMA bukan sahaja fokus kepada bantuan pelajar tetapi juga turut memberikan bantuan kepada penduduk di samping mengadakan program anak angkat bagi pelajar yang kurang berkemampuan.

Ridzuan Datuk Hj. Lassim (dua dari kiri) ketika menyampaikan bantuan kepada pelajar di dalam majlis tersebut |
Beliau berkata demikian pada Majlis Sumbangan Persekolahan Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia anjuran UMNO P.180 Keningau di Keningau.
Katanya, PEKEMA telah mengenalpasti seramai 3 ribu 3 ratus orang pelajar di seluruh sabah yang perlu dibantu dari pelbagai aspek terutama sekali bantuan persekolahan.
Tambahnya, PEKEMA bukan sahaja fokus kepada bantuan pelajar tetapi juga turut memberikan bantuan kepada penduduk di samping mengadakan program anak angkat bagi pelajar yang kurang berkemampuan.
Wednesday, 26 August 2015
UMS kenalpasti 15 bekas pelajar tingkatan 6 terima bantuan lanjut pelajaran
Oleh Nazihah Yuhimin
KENINGAU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengenalpasti 15 bekas pelajar tingkatan enam sekitar daerah Keningau layak menerima bantuan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam tahun 2015.
Penolong Pendaftar UMS Herman Salah berkata program itu diadakan adalah bagi memberi galakan serta mengubah masa depan pelajar-pelajar yang berada di kawasan luar bandar dari segi akademik.
Beliau berkata demikian pada Program Penyerahan Surat Tawaran Bagi Isi Rumah 40-Peratus Terendah ke IPTA Bahagian Keningau Sesi 2015/2016 di Bilik Gerakan SMK Keningau 2 di Keningau.
Katanya, syarat untuk menerima bantuan itu ialah sekurang-kurangnya pelajar tersebut perlu memperolehi cgpa 2.0 keatas dalam STPM, pendapatan isi rumah dibawah 40-peratus dan tinggal di kawasan luar bandar.
Majlis tersebut telah disampaikan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Hj Sairin Hj Karno.
Terdahulu berucap pada Majlis tersebut, Datuk Hj Sairin Hj Karno yang juga Wakil Rakyat Liawan berkata dengan program bantuan seperti itu ianya mampu memberi peluang kepada pelajar yang berkelayakan namun kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat pengajian tinggi.
Pada masa yang sama beliau juga berharap agar pihak UMS dapat memperbanyakkan lagi jumlah pelajar untuk menerima bantuan tersebut bagi memberi mereka peluang dalam mengubah masa depan mereka dengan lebih cerah.
Sementara itu salah seorang penerima bantuan Elzye Veceny Sambutin yang berasal dari Kg Kepayan Baru Apin- Apin berkata beliau sangat gembira dengan peluang yang diberikan oleh pihak UMS kepadanya dan akan mengambil peluang sebaiknya bagi memperbaiki kehidupan keluarganya .Beliau telah ditawarkan melanjutkan pengajian Pengurusan Kewangan dan Perbankan.
Manakala Ricky Rapasil bekas pelajar SMK Keningau 2 yang berasal dari KG Jaya Baru berkata beliau tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya dan akan lebih fokus dalam mempertingkatkan lagi akademik dengan lebih cemerlang.

Herman Salah (duduk kiri) ketika bersama-sama dengan Datuk Hj. Sairin Karno semasa di dalam majlis tersebut |

Tuesday, 25 August 2015
Masyarakat digesa tidak mudah tertipu dengan jenayah komersial yang semain berleluasa
Oleh Leolerry Lajius
KENINGAU: Masyarakat dinasihatkan agar tidak mengambil jalan mudah sehingga menjadi mangsa penipuan jenayah komersial.
Ketua Polis Daerah Keningau DSP Douglas Nyeging Taong, berkata kes penipuan dalam kategori jenayah komersial merupakan kes yang semakin meningkat di daerah ini sehingga mencapai nilai kerugian ribuan ringgit.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi siaran Santai Petang di Konti Palian Keningaufm.
Katanya, sehingga bulan Ogos tahun 2015, kes penipuan yang utama telah mencapai nilai kerugian yang tinggi iaitu merangkumi kes SMS Menang Hadiah sebanyak empat kes dengan jumlah kerugian lebih dari 16-ribu ringgit, kes Parcel (Bungkusan) sebanyak empat kes dengan jumlah kerugian lebih dari 75-ribu ringgit, kes penipuan internet E-Dagang sebanyak tujuh kes dengan jumlah kerugian lebih dari 18-ribu ringgit dan juga kes penipuan lain iaitu kes penipuan oleh bomoh serta penipuan tiket TOTO.
Tambahnya lagi sebanyak 36 kes telah disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang melibatkan kes penipuan daripada 48 kes keseluruhan tahun ini dan kebanyakkan kes adalah melibatkan Pelajar, Guru, Jururawat serta orang awam yang sering menggunakan internet.

DSP Douglas Nyeging Taong (tengah) ketika ditemuramah di Konti Palian Keningaufm |
Katanya, sehingga bulan Ogos tahun 2015, kes penipuan yang utama telah mencapai nilai kerugian yang tinggi iaitu merangkumi kes SMS Menang Hadiah sebanyak empat kes dengan jumlah kerugian lebih dari 16-ribu ringgit, kes Parcel (Bungkusan) sebanyak empat kes dengan jumlah kerugian lebih dari 75-ribu ringgit, kes penipuan internet E-Dagang sebanyak tujuh kes dengan jumlah kerugian lebih dari 18-ribu ringgit dan juga kes penipuan lain iaitu kes penipuan oleh bomoh serta penipuan tiket TOTO.
Tambahnya lagi sebanyak 36 kes telah disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang melibatkan kes penipuan daripada 48 kes keseluruhan tahun ini dan kebanyakkan kes adalah melibatkan Pelajar, Guru, Jururawat serta orang awam yang sering menggunakan internet.
31 orang peserta tamat kursus bakeri anjuran Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) dan Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI) Kolej Vokasional Keningau
Oleh Hector Zaimit
KENINGAU: Seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah di pedalaman, berjaya menamatkan kursus Bakeri dan Pastri Anjuran bersama Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) dan Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI ) Kolej Vokasional Keningau.
Timbalan Pengarah SEDIA Janet Oi Chin Lee,berkata, kursus tersebut adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu-ibu tunggal atau suri rumah di kawasan luar bandar untuk memperoleh kemahiran dan bebas dari segi kekangan ekonomi dan sekaligus melahirkan usahawan dalam kalangan wanita.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Bakeri dan Pastri, di Kolej Vokasional Keningau di Keningau.
Katanya,kursus itu dapat melengkapkan golongan wanita terutama sekali para ibu tunggal dan suri rumah, dalam mengubah taraf hidup.
Beliau berharap,para peserta menggunakan kemahiran yang telah dipelajari untuk berniaga menjana ekonomi pendapatan keluarga masing-masing.

Pendakwah Islam dari luar negeri perlu dapatkan kelulusan JHEAINS
Oleh Dullis Saimon
KENINGAU: Para pendakwa islam yang datang dari luar negeri perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak mufti negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah JHEAINS. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Arifin Arif berkata ini adalah bagi memastikan para pendakwa islam yang datang dinegeri ini mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan selain mengelak daripada melakukan penyebaran dakyah yang bertentangan dengan ajaran agama islam sebenar dan adat budaya hidup di negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita RTM selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Guru-Guru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah JHEAINS bahagian Pedalaman Atas di Keningau.
Sementara itu, beliau mahu pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM agar memantau serta mengambil tindakan tegas terhadap individu dilaman sosial yang cuba menjadikan isu agama yang berniat untuk memecahbelahkan perpaduan sedia ada.
Terdahulu berucap pada majlis itu, Datuk Arrifin berkata, pelbagai pembangunan prasarana aliran sekolah-sekolah agama dirancang untuk dibangunkan di seluruh negeri ini.
Katanya, antara usaha yang akan diketengahkan adalah menaiktaraf mana-mana sekolah agama yang masih daif dan serba kekurangan dari segi kemudahan infrastruktur pendidikan.
Jelas beliau lagi, melalui program yang diadakan itu ia juga merupakan platform guru-guru agama untuk mengentengahkan setiap permasalahan berkaitan seterusnya akan diajukan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.
Sementara pada majlis itu, beliau turut mengumumkan daerah kecil sook bakal menerima sebuah sekolah agama negeri yang akan dilaksanakan tahun depan selepas tapak pembinaannya telah dikenal pasti.

Datuk Haji Arifin bin Haji Arif ketika berucap di dalam majlis tersebut |

Kelab Penerbangan ringan Microlight temui peminat penerbangan 3 September sempena Bulan Kebangsaan di Tenom.
Oleh Dullis Saimon
KENINGAU: Kelab Penerbangan ringan Microlight dijangka akan sekali lagi menemui peminat penerbangan itu dalam satu pertunjukkan sempena menyambut bulan kebangsaan peringkat daerah Tenom pada 3 September akan datang ini.
Demikian dinyatakan Pengerusi kelab itu Lo Su Fah @ Makku ketika ditemui media selepas mengetuai ahli ahli penerbangan kelab itu mengadakan raptai penerbangan di padang penerbangan di Keningau baru-baru ini.
Selain itu katanya, Kelab itu kini semakin diminati malah lebih ramai anak anak muda ingin mendaftar untuk mengikuti kursus penerbangan ringan tersebut.
Beliau turut memberitahu bahawa empat pakar juruterbang pesawat ringan yang akan turut serta dalam pertunjukkan itu nanti antaranya seperti Plamen Dari United Kingdom dan Charlie Tan Kuan,Tan Kok Hwa serta Yen Yoon Fah dari Kuala Lumpur. Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai dapat hadir bagi menyampaikan pertunjukkan itu nanti.

Hospital Keningau anjur Projek Zon Bebas Katarak Sabah
Oleh LeoLerry Lajius
KENINGAU: Hospital Keningau akan menganjurkan “Projek Zon Bebas Katarak Sabah”, sempena Karnival Pembedahan Katarak Hospital Keningau yang akan diadakan pada 4 hingga 6 September ini.
Program seumpama itu yang diadakan selama lima tahun dan Keningau sebagai lokasi yang pertama adalah salah satu langkah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat mengenai penyakit katarak.
Demikian dinyatakan Jawatan Kuasa Pelaksana program itu, Puan Thercy Langiton.
Katanya, seramai 50 orang pesakit dari pedalaman akan turut serta dalam karnival itu yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa penyakit katarak mata merupakan penyakit yang boleh disembuhkan dan masyarakat disarankan agar tidak takut untuk berjumpa dengan doctor sekiranya mengalami simptom katarak mata.
Menurut beliau lagi, penganjuran karnival ini akan dijadikan sebagai panduan untuk melihat sejauh manakah kesan kesedaran masyarakat mengenai penyakit ini dengan melihat reaksi masyarakat sepanjang lima tahun penganjuran karnival tersebut.
Selain mengadakan program sebegini pihak hospital juga akan mengadakan aktiviti bersama penduduk pedalaman melalui program masuk kampung untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Turut diadakan sepanjang program tersebut ialah pameran peralatan yang digunakan untuk merawat dan membuat pembedahan penyakit katarak dan penerangan langkah pencegahan juga akan turut diadakan.

Koperasi Penternak Kambing Bumiputera Negeri Sabah (KOPENS) anjur mesyuarat di Kampung Bayangan, Keningau.
KENINGAU: Koperasi Penternak Kambing Bumiputera Negeri Sabah akan mengadakan Mesyuarat Koperasi yang akan diadakan di Bayangan Cafe, Kg Bayangan Keningau pada 29 ogos 2015 bermula pukul 3 petang.
Pengerusi Koperasi Penternak Kambing Bumiputera Negeri Sabah(KOPENS) Firdaus, berkata objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan semua penternak kambing disamping membentuk jalinan silaturahim sesama penternak kambing di kawasan sekitar Keningau dan Tenom untuk membentuk kesatuan yang lebih luas.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Keningau.
Katanya, mesyuarat itu adalah lebih tertumpu untuk menyampaikan objektif penubuhan koperasi kepada semua penternak khususnya di kawasan pedalaman.
Turut di adakan majlis suaikenal bersama setiap penternak kambing, perkongsian ilmu mengenai ternakan kambing, lawatan ke ladang- ladang kambing yang terdekat .

Liga Sepak Takraw Zon Keningau jadi medium cungkil bakat baharu
Oleh Ardi Erin
KENINGAU: Liga sepak takraw Sabah Zon Keningau menjadi satu medium dalam mencungkil bakat baru khususnya generasi muda dalam sukan sepak takraw.
Presiden Sepak Takraw Daerah Tenom, Jamawi Jaffar berkata pertandingan pada kali ini akan mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada anak-anak muda yang terdapat di kawasan pedalaman iaitu daripada daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan.
Beliau berkata demikian ketika di hubungi oleh pemberita RTM.
Katanya, dengan adanya penganjuran itu akan dapat mendedahkan anak-anak muda di kawasan pedalaman dalam sukan sepak takraw seterusnya dapat mewakili Sabah dalam pertandingan yang lebih tinggi.
Tambah beliau lagi, sokongan daripada masyarakat pedalaman ini amat diperlukan bagi memeriahkan lagi pertandingan kali ini seterusnya dapat memartabatkan lagi sukan sepak takraw negara ini.
Liga Sepak Takraw itu akan bermula pada 30 hingga 31 Ogos ini bertempat di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, penyertaan hanya terbuka kepada pemain yang penduduk tetap daerah Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan yang berumur bawah 35 Tahun.
Tarikh penyertaan tutup adalah pada 29 Ogos ini, sebarang pertanyaan boleh berhubung daripada dengan En. Abdul Chin no telefon 010-5873633 dan En. Wajahim Simon di no 013-8501365.

Masyarakat setempat perlu fahami sejarah pembentukan Malaysia
Oleh Dullis Saimon
TENOM: Untuk mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan berdaya tahan masyarakat setempat perlu mengetahui sejarah sebenar pembentukan Malaysia dan wajar dimasukkan ke dalam subjek kokurikulum kebangsaan pada masa kini.
Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi berkata dengan adanya usaha itu membolehkan semua lapisan masyarakat terutamanya bagi generasi muda dapat mengetahuinya dengan lebih dalam mengenai perkara itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program diplomasi dan Diskusi Parlimen Tenom: 'Sekeping Sejarah Kita Yang Hilang' yang diadakan di salah sebuah hotel di Tenom baru-baru ini.
Katanya, kekurangan pemahaman ini akan membawa kepada salah faham terhadap perjanjian ini.
Tambahnya lagi, Hal itu juga merupakan antara faktor penyebab wujud banyaknya perselisihan faham di kalangan masyarakat sabah dan luar.

Sunday, 23 August 2015
Kejayaan sesebuah kelab bergantung dengan kerjasama daripada ibu bapa, masyarakat dan pertubuhan lain
Oleh Ardi Erin
TENOM: Kejayaan sesebuah kelab sukan bukan sahaja bergantung di atas kesungguhan jawatankuasa kelab berkenaan tetapi juga perlu melibatkan kerjasama erat di kalangan ibu bapa, masyarakat dan pertubuhan yang lain.
Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, Datuk Peter Anthony berkata, pelbagai agensi swasta juga turut diperlukan bagi menyokong aktiviti sukan tempatan sekaligus mengasah dan mengetengahkan bakat muda sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kelab Taekwondo KDM Tenom di Dewan OKK Sangau Jalang di Pekan Melalap di Tenom.
Datuk Peter Anthony turut mengumumkan sumbangan sebanyak 10-ribu ringgit kepada Kelab Taekwondo KDM Tenom bagi penyediaan kelengkapan latihan kelab tersebut.
Setakat ini kelab tersebut mempunyai lebih 70-ahli pelbagai peringkat talipinggang yang aktif dari daerah Keningau, Tambunan, Nabawan, Sook, Kemabong dan Tenom.

Datuk Peter Anthony ketika berucap semasa di Majlis Perasmian Kelab Taekwondo KDM Tenom |
Datuk Peter Anthony turut mengumumkan sumbangan sebanyak 10-ribu ringgit kepada Kelab Taekwondo KDM Tenom bagi penyediaan kelengkapan latihan kelab tersebut.
Setakat ini kelab tersebut mempunyai lebih 70-ahli pelbagai peringkat talipinggang yang aktif dari daerah Keningau, Tambunan, Nabawan, Sook, Kemabong dan Tenom.
Kelab Rukun Tetangga mempunyai peranan penting dalam membina perpaduan dalam kalangan masyarakat
Oleh Nazihah Yuhimin
KENINGAU: Kelab Rukun Tetangga diseru agar turut membantu kerajaan dalam memenuhi hasrat serta dasar kerajaan untuk membina perpaduan dikalangan masyarakat.
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah Delin Liet AK Blaun berkata,kesepakatan masyarakat dalam menyemarakkan serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam penerapan nilai-nilai kesatuan adalah satu usaha dalam membentuk negara yang harmoni.
Beliau berkata demikian ketika ditemui bual di Konti Palian Radio Malaysia Keningaufm.
Menurut beliau Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan 2015 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Sabah adalah julung-julung kalinya diadakan di daerah Keningau dan majlis tersebut akan dirasmikan oleh Yang Behormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sementara itu beliau turut menyarankan agar Kelab Rukun Tetangga dapat melebarkan peranan mereka untuk menyatupadukan masyarakat dalam program-program yang berfaedah serta mampu menyemai semangat cintakan negara dan patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Pelbagai aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut seperti pameran daripada 26 gerai Kelab Rukun Tetangga di sekitar negeri sabah, pertandingan menyumpit dan memasak berasaskan ubi.

Delin Liet AK Blaun ketika ditemuramah di konti Palian Radio Malaysia Keningau fm. |
Menurut beliau Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan 2015 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Sabah adalah julung-julung kalinya diadakan di daerah Keningau dan majlis tersebut akan dirasmikan oleh Yang Behormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sementara itu beliau turut menyarankan agar Kelab Rukun Tetangga dapat melebarkan peranan mereka untuk menyatupadukan masyarakat dalam program-program yang berfaedah serta mampu menyemai semangat cintakan negara dan patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Pelbagai aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut seperti pameran daripada 26 gerai Kelab Rukun Tetangga di sekitar negeri sabah, pertandingan menyumpit dan memasak berasaskan ubi.
Zahid Hamidi gesa pemimpin UMNO jalankan tanggungjawab dengan amanah
KENINGAU: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin UMNO mengamalkan kebersamaan agar kedudukan atau jawatan yang diamanahkan dapat dilaksana dengan penuh tanggungjawab demi rakyat.
Menurut beliau kesalingan di antara pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan akan menjayakan agenda perjuangan UMNO dan Barisan Nasional untuk negara.
Beliau menjelaskan semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Gabungan UMNO Keningau/Pensiangan di Dewan Masyarakat di Keningau.
Datuk Zahid turut mengajak, rakyat Sabah untuk saling bersatu padu dan tidak menjadikan perbezaan pendapat yang boleh mengugat kekuatan parti demi memastikan negeri ini terus berada dibawah tampuk pemerintahan sedia ada.
Peruntukkan sejuta ringgit diberi kepada Parlimen terpilih bagi projek pembangunan.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi |
Datuk Zahid turut mengajak, rakyat Sabah untuk saling bersatu padu dan tidak menjadikan perbezaan pendapat yang boleh mengugat kekuatan parti demi memastikan negeri ini terus berada dibawah tampuk pemerintahan sedia ada.
Peruntukkan sejuta ringgit diberi kepada Parlimen terpilih bagi projek pembangunan.
"Walk for Jesus" diadakan serentak oleh gereja seluruh negara
Oleh Municca Kiat
KENINGAU: Program "Walk for Jesus" merupakan program tahunan yang diadakan serentak oleh dominasi gereja-gereja diseluruh negara.
Program ini merupakan satu medium untuk mendidik golongan belia dalam membentuk sahsiah diri ke arah yang lebih baik dan tidak terlibat dengan gejala sosial yang semakin meluas pada masa kini.
Demikian dinyatakan oleh Senator Dewan Negara , iaitu Senator Datuk Dr Lucas Umbol ketika ditemui media sempena Program "Walk for Jesus" yang dianjurkan oleh Majlis Gabungan Gereja Keningau di Dataran Solidariti St Francis Keningau di Keningau.
Dr Lucas berpendapat bahawa, program yang melibatkan golongan muda harus diketengahkan agar mereka lebih banyak menerapkan nilai-nilai murni dan sekaligus dapat mengeratkan lagi perpaduan melalui acara keagamaan.
Beliau berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan disertai oleh para pemimpin yang lain agar konsep 1 Malaysia dapat dicapai.
Seramai 2000 ribu orang dari 12 dominasi gereja-gereja seluruh keningau menyertai Program "Walk for Jesus" yang dilaksanakan serentak diseluruh Malaysia

Senator Datuk Dr Lucas Umbol |

UMNO gigih tangani krisis di media sosial oleh individu yang tidak bertanggungjawab
KENINGAU: Walaupun UMNO kini berdepan dengan kemelut yang disebabkan dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab melalui media sosial namun masalah itu masih boleh diselesaikan.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abd Ghani Datuk Yassin bagi membantu menyelesaikan permasalahan itu, beliau mengajak seluruh rakan-rakan seperjuangan, para perwakilan dan semua ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) bermula di peringkat akar umbi untuk sama-sama menumpukan pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Katanya walaupun tarikh PRU akan datang masih belum ditentukan namun persiapan awal perlu dilakukan bagi memastikan UMNO yang menjadi teras kepada kerajaan dan juga BN.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian P.180 Keningau dan Umno Bahagian P.182 Pensiangan yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Keningau.
Sementara itu ketika berucap dalam majlis sama, Ketua UMNO Bahagian Keningau yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haji Sairin Haji Karno berkata UMNO Pedalaman Zon 4 iaitusememangnya prihatin dan memahami dan tidak mempunyai alasan untuk tidak menyokong tindakan rombakan kabinet persekutuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini.
Jelasnya tindakan itu adalah hak mutlak Datuk Seri Najib dan semua serangan yang dilakukan melalui media sosial merupakan tohmahan dan fitnah berniat jahat yang ingin menghancurkan UMNO dan kerajaan BN.
Sehubungan itu beliau mengajak seluruh ahli UMNO untuk terus memberi sokongan kepada kepimpinan yang menerajui kerajaan ketika ini.
Pada mesyuarat perwakilan itu, Datuk Abd Ghani dan Datuk Haji Sairin turut melaungkan sokongan penuh terhadap kepimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Zahid serta kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Kibar Jalur Gemilang semata-mata tidak cukup untuk hayati nilai sebuah kemerdekaan
KENINGAU: Mengibar jalur gemilang di sepanjang bulan kebangsaan tidak mencukupi untuk menghayati erti sebenar nilai kemerdekaan.
Ketua Pemuda UMNO Keningau Nik Nadzri Nik Zawawi berkata, sebaliknya masyarakat yang terdiri pelbagai lapisan suku kaum dan agama dinegara ini perlu menghayatinya hasil perjuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM Selepas mengagihkan jalur gemilang kepada para pengguna jalanraya di kilometer 3 Jalan Apin-apin di Keningau.
Program anjuran kelab permotoran Keningau dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalanraya JPJ Keningau.
Beliau berkata, dengan adanya pengetahun mendalam masyarakat masa kini tentang sejarah hari kebangsaan mampu menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memutarbelitkannya.
Pada masa sama Nik Nadzri turut menyarankan kerajaan agar mempelbagaikan lagi kempen hari kebangsaan dengan pengisian aktivti hari kebangsaan yang mampu menarik generasi masa kini yang mana penglibatan masyarakat pada masa kini masih kurang.

Nik Nadzri Nik Zawawi |

Rakyat digesa celik IT selaras dengan kemajuan sains dan teknologi masa kini
Oleh Betterya Ahubol
TENOM: Masyarakat setempat diseru untuk celik aplikasi ICT seiring dengan kemajuan sains dan teknologi masa kini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh berkata, aplikasi ICT mampu mengwujudkan masyarakat yang progresif bagi menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan generasi yang pakar dalam bidang tersebut.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi "Kamsahamnida' ITU-ICT Volunteers 2015 di Pusat Kebudayaan Murut Tenom.
Katanya, selain dari perkongsian ilmu ICT daripada para sukarelawan dari Korea itu, ia juga menjadi platform untuk berkongsi bahasa dan budaya masing-masing khususnya memperkenalkan budaya suku kaum Murut.
Sementara itu, Pengarah MCMC Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Mazlan Othman berkata, program yang julung kali diadakan di Malaysia itu merupakan satu inisiatif untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia sekali gus menarik minat belia pedalaman untuk mendalami ilmu ICT.
Katanya, seramai 4 orang sukarelawan dari Korea yang berkampung selama 2 bulan di Kg Sawang Melalap telah menjalankan pelbagai aktiviti ICT dan kebudayaan bersama komuniti serta berjaya menghasilkan mobile apps "Bahasa Korea Untuk Kita Semua".

Datuk Radin Malleh |

Kerajaan berusaha tangani krisis penurunan harga pasaran kelapa sawit dan getah
Oleh Dullis Saimon
KENINGAU: Kerajaan pusat kini mencari jalan penyelasaian untuk menangani penurunan harga pasaran kelapa sawit dan getah di negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Razali Ibrahim berkata beberapa langkah bersesuaian kini dicadangkan antaranya menjalin hubungan perniagaan dengan kerajaan negara indonesia yang mana negara itu merupakan negera kedua pengeluar terbesar bekalan bahan mentah tanaman itu diseluruh rantau asia.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis persidangan pengerakkan sayap Pemuda,Puteri dan Wanita UMNO Pensiangan di Dewan Masyarakat di Keningau.
Katanya, dengan adanya langkah sedemikian akan dapat memulihkan semula harga kelapa sawit dan getah diseluruh negara ini sekaligus membantu meningkatkan lagi sosioekonomi para pekebun kecil diseluruh negara.
Sementara itu, Dato Razali yang juga ahli majlis tertinggi umno mengingatkan para ahli parti di semua peringkat agar bijak menghadapi pelbagai cabaran masa kini terutamanya isu-isu semasa yang boleh mejatuhkan nama pemimpin kerajaan yang boleh memecahbelahkan perpaduan nasional negera.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Pensiangan Jehan Osman Ongkomod bersama pergerakan sayap Pemuda, Puteri dan Wanita menyatakan sokongan padu kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam memimpin negara.
Katanya, dalam persidangan yang diadakan itu berharap pelbagai pembangunan dapat dibawah Ke kawasan pensiangan yang masih kekurangan kemudahan awam.

Dato Razali Ibrahim |

Batu Sumpah akan dipindahkan ke lokasi baharu
Oleh LeoLerry Lajius
KENINGAU: Batu Sumpah sempena penubuhan malaysia pada 16 September tahun 1963 akan dipindahkan ke lokasi baharu dalam menjaga keharmonian masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, monumen sejarah itu yang berada di perkarangan Pejabat Daerah Keningau akan dipindahkan berhampiran Pejabat Tanah dan Ukur di daerah Keningau.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan dan Kempen Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN Sabah di Dewan Arked di Keningau.
Menurutnya, catatan asal 'Kerajaan Malaysia Jamin' juga akan dikembalikan semula bagi memastikan nilai sejarah Batu Sumpah dalam Pembentukan Negara dihormati selama-lamanya.
Mengenai sambutan bulan kebangsaan, Tan Sri Joseph Kurup turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus komited melaksanakan program mengukuhkan nilai-nilai berkonsepkan 'sehati-sejiwa'.
Lebih 40 Kawasan Rukun Tetangga dari seluruh negeri Sabah berhimpun di Dewan Arked Keningau bagi menjayakan Program Minggu Perpaduan peringkat Negeri Sabah anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah.
KENINGAU: Batu Sumpah sempena penubuhan malaysia pada 16 September tahun 1963 akan dipindahkan ke lokasi baharu dalam menjaga keharmonian masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, monumen sejarah itu yang berada di perkarangan Pejabat Daerah Keningau akan dipindahkan berhampiran Pejabat Tanah dan Ukur di daerah Keningau.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan dan Kempen Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN Sabah di Dewan Arked di Keningau.
![]() |
Tan Sri Joseph Kurup |
Mengenai sambutan bulan kebangsaan, Tan Sri Joseph Kurup turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus komited melaksanakan program mengukuhkan nilai-nilai berkonsepkan 'sehati-sejiwa'.
Lebih 40 Kawasan Rukun Tetangga dari seluruh negeri Sabah berhimpun di Dewan Arked Keningau bagi menjayakan Program Minggu Perpaduan peringkat Negeri Sabah anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah.
![]() |
Batu sumpah yang diletakkan di perkarangan Pejabat Daerah Keningau |
Wanita UMNO Tenom perjuang parti demi membela nasib generasi akan datang
Oleh Hector Zamit
TENOM: Pergerakan wanita UMNO Bahagian Tenom komited dalam mendokong padu perjuangan parti sebagai wadah membela nasib generasi masa depan.
Ketuanya Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata,pihaknya sentiasa berada dihadapan dalam memperjuang dan mempertahankan hak-hak serta kepentingan berpegang teguh pada prinsip perjuangan ‘Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat”.
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tenom di Tenom.
Katanya,Wanita Umno menzahirkan sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj Aman untuk terus menerajui pimpinan kerajaan dan parti.
Dalam pada itu,Wanita Tenom diajak untuk terus meningkatkan usaha bagi memastikan UMNO dan barisan Nasional mampu meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti.
Datuk Rahmahjan turut mengingatkan ahli-ahli Wanita agar berhati-hati agar tidak membiarkan diri terpengaruh dengan dakyah mana-mana pihak untuk melaga-lagakan saf kepimpinan dengan niat untuk memecah belah kesatuan yang terjalin.

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang disambut baik oleh para peserta
Oleh Ardi Erin
PAGALUNGAN: Penganjuran sambutan kempen kibar jalur gemilang dan konvoi kembara merdeka jalur gemilang peringkat daerah Nabawan bagi tahun 2015 mendapat sambutan yang positif daripada peserta konvoi.
Ketua Anak Negeri, Ampat Tahol,51, berkata,beliau sangat gembira dengan program yang pertama kali di sertai dan berharap agar penganjuran itu akan diteruskan di masa akan datang dan perlu melibatkan masyarakat kampung agar mereka dapat menanam semangat cinta akan negara dalam diri mereka.
Pendapat beliau turut di sokong oleh Jutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan Mohd Hardy,34, katanya,dengan adanya program itu akan menaikakn semangat patriotik khususnya kepada peserta dan masyarakat yang menyertainya.
Beliau berharap agar pada tahun hadapan akan lebih ramai peserta bukan sahaja dari jabatan-jabatan kerajaan malahan juga daripada NGO terutamannya persatuan belia yang akan turut serta dalam konvoi merdeka.
Sementara itu, Henry Ebun,41, daripada Jabatan Pengakutan Jalan Keningau berkata program itu merupakan usaha yang positif dalam memupuk semangat generasi muda cinta akan tanah air sekaligus semangat untuk mengibarkan jalur gemilang.
Bagi Ahmad Adini, 55 daripada Jabatan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, menyatakan bahawa program itu menyemarakan lagi semangat patriotisme dikalangan belia untuk menghargai perjuangan pemimpin terdahulu dan mengekalkan kelangsungan perpaduan yang terjalin.

Mohd Hardy ketika ditemuramah oleh wartawan Keningau fm, Ardi Erin. |

Semarakkan semangat patriotik dengan kibar jalur gemilang
PAGALUNGAN: Masyarakat Pagalungan diseru untuk menyemarakkan semangat patriotik dengan mengibarkan jalur gemilang.
Pegawai Daerah Nabawan, Fredian Gan berkata, sambutan bulan kebangsaan telah mewujudkan peluang untuk lebih mendalami erti sebuah kemerdekaan yang semakin luntur oleh seluruh masyarakat khususnya golongan muda.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Penutupan Sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2015 Peringkat daerah Nabawan yang diadakan di daerah kecil Pagalungan.
Katanya,rakyat Malaysia pada hari ini hanya bersemangat untuk mengibarkan jalur gemilang semasa bulan kebangsaan sahaja.
Sehubungan dengan itu,semua lapisan masyarakat sepatunya bangga mengibarkan jalur gemilang tidak kira waktu sebagai tanda menghormati negara Malaysia yang kini telah terkenal di persada dunia dengan pelbagai pencapaian membanggakan.
Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Pagalungan, Sukiang Ensing berkata, beliau terharu kerana daerah kecil Pagalungan terpilih sebagai titik akhir bagi Konvoi Merdeka pada kali ini.
Ujarnya lagi, beliau akan memastikan penduduk setempat di kawasannya menunjukkan rasa hormat kepada negara dengan mengibarkan jalur gemilang sepanjang masa.
Majlis penutupan itu dihadiri oleh lebih kurang 150 orang yang merangkumi peserta konvoi dan penduduk kampung.
Antara pengisian program yang dilaksanakan di Daerah Kecil Pagalungan ialah pelepasan Konvoi Merdeka Jalur Gemilang 12 pengusaha bot pagalungan.

Fredian Gan |

Jangan terlalu taksub dengan tohmahan negatif daripada individu yang tidak bertanggungjawab
Oleh Mohd Azizie Alex
NABAWAN: Rakyat Nabawan digesa untuk tidak terlalu taksub dengan tohmahan yang ditimbulkan oleh individu tidak bertanggungjawab khususnya berkaitan kerajaan di laman sosial.
Pembantu menteri pembangunan infrastruktur Sabah Datuk Bobbey A. Suan berkata, mengkritik secara terbuka di laman sosial juga dianggap sebagai tidak professional kerana pelbagai platform lebih sesuai telah disediakan dalam memberikan cadangan dan penambahbaikan terhadap kerajaan.
Beliau berkata demikian pada program Majlis Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang 2015 Peringkat Daerah Nabawan.
Menurutnya, rakyat perlu memahami dan mendalami sesuatu permasalahan terlebih dahulu sebelum melemparkan komen liar yang boleh menjadi fitnah sekiranya dibiarkan berleluasa.
Bercakap mengenai program tersebut, Datuk Bobbey yang juga Wakil Rakyat Nabawan berkata masyarakat diseru untuk mengibarkan Jalur Gemilang demi menghormati pejuang kemerdekaan terdahulu dalam usaha untuk mencapai kemakmuran dan keamanan yang telah dikecapi pada hari ini.
Sementara itu pula, dalam majlis yang sama, Pegawai daerah Nabawan, Ferdian Gan berkata, masyarakat hendaklah menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan selepas mengecapi kemerdekaan kerana berjaya dalam menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya.

Datuk Bobbey A. Suan |

Ahli koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) digesa fokus lima sektor utama
Oleh Dullis Saimon & LeoLerry Lajius
SOOK: Para ahli koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM diseluruh negeri perlu memfokuskan lima sektor dalam meningkat dasar koperasi negara 2011-2020.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, antara focus utama yang perlu diperkasakan ialah sektor kewangan,sektor pemborongan dan peruncitan,sektor pelancongan penjagaan diri dan kesihatan,sektor pertanian dan industri asas tani serta sektor perladangan.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pada majlis seminar Koperasi Bestari Peringkat Majlis Perundingan Koperasi Parlimen (MPKP) P.182 Pensiangan bertempat di Dewan Sekolah Rendah di Sook.
Katanya, melalui permerkasaan kelima-lima sektor itu secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi pendapatan para ahli koperasi sedia ada.
Pada masa sama, Tan Sri Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan dan Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Parlimen Pensiangan berharap agar Majlis Perundingan Koperasi Parlimen(MPKP) diseluruh negeri dapat menyelaras dan mewujudkan kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan untuk membangunkan gerakan koperasi untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat di kawasan pedalaman.
Sementara itu dalam ucapan aluan, Timbalan Pengarah SKM Sabah Affendy Op Andu berkata, setakat ini terdapat Seribu-237 buah koperasi berdaftar di seluruh negeri dengan keanggotaan melebih 3-ratus ribu orang dengan jumlah syer berjumlah 69.5 juta ringgit dan yuran bernilai 56.5 juta ringgit serta aset bernilai 671.7 juta ringgit.
Beliau juga berharap melalui objektif seminar yang diadakan itu dapat memberi pendedahan berkaitan sekaligus membolehkan para ahli koperasi lebih maju.

Tan Sri Joseph Kurup ketika program sedang dijalankan |

Penglibatan aktif dalam sukan tidak jejas prestasi akademik
Oleh Nazihah Yuhimin
KENINGAU: Penglibatan dalam bidang kesukanan tidak akan mengabaikan tanggungjawab pelajar untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang pendidikan.
Ketua Exco Pergerakan Pemuda PBS Negeri Sabah Datuk Jack Jikulin Nointin berkata penganjuran sukan untuk peringkat sekolah adalah salah satu usaha sebagai produk dalam melahirkan modul insan yang berkualiti.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga MSS SMK Keningau kali ke-29 di Kompleks Sukan Keningau.
Katanya, program sukan disekolah mampu membentuk atlet yang berdisiplin, produktif serta berkemampuan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulum.
Tambah beliau lagi, acara sukan seperti yang dianjurkan kesedaran generasi muda dalam penjagaan kesihatan serta kecergasan fizikal dan juga minda.
Sementara itu, pengetua SMK Keningau Ahmud Hj Saribin yakin dengan pemupukan aktiviti kokurikulum seperti ini pastinya akan melahirkan pelajar yang cerdas dan juga berdaya saing.
Acara pada hari itu diserikan dengan acara perbarisan lintas hormat daripada 11 buah kotinjen yang bertanding,serta persembahan silat dan tarian daripada pelajar-pelajar SMK Keningau.

Datuk Jack Jikulin Nointin ketika berucap di Kompleks Sukan Keningau |
Katanya, program sukan disekolah mampu membentuk atlet yang berdisiplin, produktif serta berkemampuan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulum.
Tambah beliau lagi, acara sukan seperti yang dianjurkan kesedaran generasi muda dalam penjagaan kesihatan serta kecergasan fizikal dan juga minda.
Sementara itu, pengetua SMK Keningau Ahmud Hj Saribin yakin dengan pemupukan aktiviti kokurikulum seperti ini pastinya akan melahirkan pelajar yang cerdas dan juga berdaya saing.
Acara pada hari itu diserikan dengan acara perbarisan lintas hormat daripada 11 buah kotinjen yang bertanding,serta persembahan silat dan tarian daripada pelajar-pelajar SMK Keningau.
Masyarakat Ansip gesa pihak berkuasa siasat kes sungai tagal tercemar
Oleh Dullis Saimon
KENINGAU: Lebih 3-ribu masyarakat dalam Mukim Ansip di Keningau menggesa pihak berwajib agar segera menyiasat dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab mencemarkan Sungai Pegalan baru-baru ini.
Tinjauan RTM mendapati sebahagian besar hidupan sungai tersebut yang telah ditagal sejak tahun 2011 telah musnah akibat pencemaran sisa industri di hulu sungai berkenaan yang berwarna hitam dan berbau busuk.
Pengerusi Tagal Kampung Ansip Steven Bulangin berkata kejadian itu telah menyebabkan kerugian besar bagi penduduk kampung yang selama ini telah bersusah payah menghasilkan tagal disungai berkenaan terutamanya dalam memulihara anak-anak ikan sehingga menjadi besar. Katanya, pihaknya kerugian melebih 6 ribu ringgit disebabkan sepanjang 3 tahun lalu segala bahan-bahan seperti baja dan keperluan berkaitan untuk menjaga kesemua ikan yang ditagal itu adalah daripada tabung yang dikumpul oleh para penduduk kampung yang terlibat.
Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung tersebut Mariani Lintung laporan polis telah dibuat mengenai kejadian itu dan berharap agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera memandangkan ini adalah hasil titik peluh para penduduk kampung untuk mengusahakan tagal itu.
Bagi, Ketua Kampung, Kampung Pagalungan Ansip Angkalor Tingkalor berkata sungai itu merupakan salah satu aktiviti harian terhadap penduduk kampung dalam mencari sumber makanan dengan adanya kejadian tersebut penduduk kampung tidak lagi ke sungai itu kerana membahayakan kesihatan disebabkan oleh pencemaran tersebut.
Seorang lagi Penduduk kampung Poporon Ansan amat kecewa kerana sungai yang menjadi punca aktiviti harian kini sudah tercemar dan menjejaskan pendapatan.
Bagi, Ketua Kampung Kampung Kuala Punteh Palatos Laboh berkata, kejadian itu merupakan kali ketiga yang mana sebelum itu tidak seteruk seperti pada masa kini yang mana pelbagai spesis ikan yang hidup disepanjang sungai di kampungnya telah mati disebabkan oleh pencemaran dari kegiatan industri di hulu sungai.
Jelas beliau, perkara itu telah berkali-kali dimaklumkan kepada pihak berwajib namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dibuat untuk menanganinya.

Rumah 1 tingkat musnah dijilat api di Kampung Ontolob
Oleh Dullis Saimon
KENINGAU: Sebuah rumah separuh kekal 1 tingkat milik anggota polis Edwin Ganti di kampung Ontolob di Bingkor Keningau musnah dalam satu kebakaran yang berlaku pada pukul 11.26 pagi rabu kelmarin.
Sementara sebuah lagi rumah milik jirannya juga turut musnah kira-kira 80 peratus dalam kejadian tersebut.
Penguasa Bomba Zon Keningau Abu Hasan Mohamad Nawi berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan seramai 9 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan operasi memadam kebakaran tamat kira-kira pukul 1 petang.
Katanya lagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan.
Beliau mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Pemberita RTM di Keningau.
KENINGAU: Sebuah rumah separuh kekal 1 tingkat milik anggota polis Edwin Ganti di kampung Ontolob di Bingkor Keningau musnah dalam satu kebakaran yang berlaku pada pukul 11.26 pagi rabu kelmarin.
Sementara sebuah lagi rumah milik jirannya juga turut musnah kira-kira 80 peratus dalam kejadian tersebut.
Katanya lagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan.
Beliau mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Pemberita RTM di Keningau.
![]() |
Rumah yang sedang terbakar di Kampung Ontolob, Keningau. |
Hari Kemerdekaan yang digantikan dengan Bulan Kebangsaan adalah wajar
Oleh Dullis Saimon, LeoLerry Lajius, Hector Zaimit
KENINGAU: Pelaksanaan Bulan Kebangsaan menggantikan Hari Kemerdekaan merupakan satu langkah wajar dalam meningkatkan lagi semangat patrotisme pelbagai lapisan masyarakat kini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Radin Malleh berkata, dengan adanya pelaksanaan itu secara tidak langsung mengubah persepsi masyarakat setempat tentang sambutan bulan kemerdekaan sebelum ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran bulan kebangsaan dan pelepasan konvoi kembara merdeka peringkat daerah keningau tahun 2015 di kompleks sukan keningau.
Pada masa sama, beliau juga turut menyeru rakyat agar terus memperkukuhkan lagi perpaduan sedia ada berlandaskan prinsip rukun negara selain saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun terdiri daripada penduduk yang pelbagai kaum dan agama.
Datuk Radin yang juga wakil rakyat melalap turut meningatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh kepada isu-isu yang boleh mengugat keamaan negara sebaliknya bijak menilai untuk kebaikan generasi muda masa kini.
Sementara itu, sebanyak 26 pelbagai agensi kerajaan dan orang ramai menyertai konvoi pada program tersebut.

Datuk Radin Malleh ketika berucap di Kompleks Sukan Keningau |
Pada masa sama, beliau juga turut menyeru rakyat agar terus memperkukuhkan lagi perpaduan sedia ada berlandaskan prinsip rukun negara selain saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun terdiri daripada penduduk yang pelbagai kaum dan agama.
Datuk Radin yang juga wakil rakyat melalap turut meningatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh kepada isu-isu yang boleh mengugat keamaan negara sebaliknya bijak menilai untuk kebaikan generasi muda masa kini.
Sementara itu, sebanyak 26 pelbagai agensi kerajaan dan orang ramai menyertai konvoi pada program tersebut.
Wednesday, 19 August 2015
Ibu bapa main peranan penting dalam membentuk disiplin anak-anak
Oleh Ardi Erin
KENINGAU: Penglibatan dan peranan ibu bapa dalam membentuk disiplin di kalangan pelajar amat penting khususnya semasa di sekolah.
Kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau II, Kawos@ Bartholomew Guding berkata tugas tersebut tidak boleh diserahkan semata-mata di bahu pihak sekolah sahaja kerana terbatas dari segi masa dan komitmen guru yang semakin bertambah.
Beliau berkata demikian pada program Seminar Keibubapaan SMK Keningau DUA di Keningau.
Mengenai kursus berkenaan, Kawos menjelaskan bahawa tumpuan pihak sekolah adalah melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3, SPM dan STPM.

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2015 disambut meriah
Oleh Nazihah Yuhimin
TAMBUNAN: Penganjuran program pelancaran sambutan kempen jalur gemilang dan konvoi kembara merdeka jalur gemilang bagi tahun 2015 mendapat sambutan yang meriah daripada para peserta konvoi dan masyarakat setiap persinggahan kampung.
Pengerusi JKKK serta pengerusi KRT KG Kirokot Vincent Saradon beliau sangat gembira dan berpuas hati dengan penganjuran program seperti itu dan beliau berharap agar program seperti ini akan diteruskan lagi dengan perancangan yang lebih teratur.
Pendapat beliau juga disokong oleh wakil daripada peserta konvoi daripada Majlis Daerah Tambunan Dina William Yusun menyatakan bahawa program ini adalah satu langkah yang baik dan progresif dilakukan untuk menyemai semangat kesepaduan diantara masyarakat terutama sekali masyarakat di daerah tambunan.
Sementara itu, menurut Doktor Debra Epun daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Ternakan dan perusahaan Tambunan berkata usaha ini adalah usaha positif yang mampu menaikkan semangat masyarakat dalam mencintai negara Malaysia bukan sahaja pada bulan kebangsaan tetapi juga pada setiap waktu.
Tambahnya lagi beliau menyarankan agar para belia juga dapat melibatkan diri dalam program seperti ini pada masa akan datang sekaligus dalam Memperingati serta menghayati hari kebangsaan setiap tahun.
Norfaizah Tamil wakil dari JHEINS Tambunan pula berkata pogram kembara ini adalah salah satu usaha yang baik kerana ianya dapat membentuk ukhuwah silaturahim antara pemimpin dan juga masyarakat

Masyarakat diseru menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu
Oleh Ardi Erin
TAMBUNAN: Masyarakat harus merebut peluang mengenang dan menghayati perjuangan pemimpin terdahulu dalam pembangunan negara ketika ini.
Pegawai Daerah Tambunan, Thomas Logijin berkata masyarakat Malaysia berbilang bangsa, agama dan budaya perlu bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang dinikmati.
Beliau berkata ketika merasmikan Sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Tambunan.
Katanya, masyarakat perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri dan perlu mengingati tokoh-tokoh pejuang negara dalam menjaga kedaulatan negara.
Konvoi Kembara Merdeka Tambunan melibatkan 37 penyertaan jabatan kerajaan , Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)dan 11 motosikal dari kelab motosikal Tambunan melalui 7 buah kampung bermula Kampung Kirokot hingga ke Kampung Kitou dalam kawasan Mukim Monsorulung.

Datuk Raime Unggi nafi terlibat dalam kumpulan 20 ahli parlimen bertujuan menggulingkan kerajaan
Oleh Dullis Saimon
TENOM: Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi MENAFIKAN sekeras-kerasnya tuduhan yang disebarkan di laman media sosial bahawa kononnya beliau antara 20 ahli Parlimen yang berniat mengulingkan kerajaan.
Jelas Datuk Raimie, sehingga kini beliau sentiasa menyokong padu kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Pemberita RTM di Tenom.
Tegasnya lagi, tuduhan dan fitnah tidak bermoral itu dipandang amat serius dan boleh mencemarkan imej ahli-ahli Parlimen terutama dari pihak kompenen parti Barisan Nasional (BN).
Tambah Datuk Raimie lagi, laporan polis telah pun dibuat untuk siasatan selain akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan.

Masyarakat luar bandar disaran bijak mencari peluang yang disediakan
Oleh Dullis Saimon
KENINGAU: Masyarakat setempat diluar bandar disaran merebut pelbagai peluang yang disediakan pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil getah RISDA dalam menjana sosioekonomi.
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata, ini kerananya selain menumpukan perusahaan tanah seperti penanaman pokok getah pihak RISDA juga turut memberi peluang pelbagai bidang keusahawan dan pertanian berkaitan yang boleh diceburi oleh anak-anak pekebun kecil RISDA sekaligus melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera pada masa akan datang.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penyerahan bantuan skim basiswa anak-anak pekebun kecil RISDA di Dewan Arena Belia dan Sukan Bahagian Keningau.
![]() |
Datuk Haji Sairin Karno ketika berada di majlis tersebut |
Katanya, selain pelbagai peluang diberikan pihak RISDA juga turut memberi bantuan modal kewangan serta bantuan berkaitan kepada anak-anak pekebun kecil dalam memulakan perniagaan mereka masing-masing.
Jelasnya lagi, usaha itu secara tidak langsung membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan pendapatan negara maju menjelang tahun 2020 sekaligus membasmi kadar kemiskinan dinegara ini.
Pada masa sama, Datuk Sairin yang juga wakil rakyat liawan turut menyarankan pihak RISDA agar dapat memperluaskan lagi dasar-dasar mereka kepada masyarakat setempat yang belum mengetahuinya yang mana memberi pelbagai faedah berguna kepada mereka.
Sementara itu ketika ditemui pemberita RTM Timbalan Pengarah RISDA Sabah Siti Rosnani Mohamad Jalil berkata, pada masa kini pihaknya telah menyediakan dana sejumlah 4-ribu ringgit setiap seorang kepada anak-anak pekebun kecil yang berpontensi untuk diketengahkan dalam bidang keushawanan.
Selain itu katanya, pihaknya turut memberi pelbagai peluang, pededahan dan bantuan kepada anak-anak pekebun kecil yang kurang berkemampunan agar mereka lebih bersaing maju tanpa mengharapkan bantuan pihak kerajaan.
Pada majlis itu, Seramai 33 pelajar tingkatan Lima iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Bingkor Keningau, SMK Entabuan Tenom dan SMK Sapulut nabawan masing-masing menerima bantuan skim basiswa pekebun kecil dari pihak getah RISDA Cawangan Pedalaman sejumlah 5-ratus ringgit setiap seorang.
Bagi Rudey Asok pelajar SMK Sepulut Nabawan berkata dengan adanya bantuan yang diberikan itu dapat mengurangkan beban para ibubapanya dalam membeli keperluan peralatan sekolahnya selain menyimpan sebahagian bantuan yang diberikan untuk persiapan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM yang akan datang.
Bagi dua pelajar iaitu Hazwani Bidin dari SMK Entabuan Tenom dan Stevelee Supin dari SMK Bingkor Keningau masing-masing berkata, dengan adanya bantuan itu ia bukan sahaja dapat mengurangkan beban mereka akan tetapi dapat menambah serba sedikit perbelanjaan para ibu bapa masing-masing untuk membeli keperluan berkaitan sekolah.
Kedua-dua mereka juga turut merakamkan terima kasih kepada pihak RISDA kerana selain memberi bantuan kepada masyarakat setempat tidak ketinggalan juga dalam membela nasib anak-anak pekebun kecil yang masih bersekolah.
Reaksi pesara Majlis Jasamu Dikenang daerah Keningau 2015
Oleh Nazihah Yuhimin
KENINGAU: Penganjuran Majlis Jasamu Dikenang Daerah Keningau bagi tahun 2015 dilaksanakan untuk memberi penghargaan kepada 68 pesara perkhidmatan awam negeri atas sumbangan mereka sepanjang tempoh mereka berkhidmat.
Zulkifli Nasir berkata, para pesara perlu mengisi aktiviti yang bermanfaat selain dari membawa kepuasan kepada diri dan turut bermanfaat kepada negara. Beliau telah berkhidmat selama 28 tahun dan tempat perkhidmatan terakhir beliau adalah di Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN).
Menurut Aliron Nolantan yang telah berkhidmat selama 35 tahun bertugas di jabatan terakhir beliau di Jabatan Air Sabah berkata pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh para pesara diharapkan agar mereka tidak akan mensia-siakannya begitu sahaja.
Sementara itu, Bonggolan@Justin Kundaiga yg telah berkhidmat selama 35 tahun di Jabatan Kerja Raya berharap agar penganjuran majlis seperti ini akan dilangsungkan dengan lebih meriah pada masa akan datang.
Pendapat beliau juga disokong oleh Alexcius Mansin yang telah berkhidmat 41 tahun di Jabatan Perhutanan Sabah menyatakan majlis ini adalah satu majlis yang sangat bermakna bagi para pesara sebagai pengikhtirafan kepada sumbangan yang telah diberikan selama tempoh berkhidmat.

Penjawat awam digesa untuk mencapai sasaran Perkhidmatan Awam Kelas Pertama
Oleh Nazihah Yuhimin
KENINGAU: Penjawat awam digesa untuk bergerak positif, kreatif dan profesionalisme bagi menjadikan Perkhidmatan Awam Kelas Pertama menjelang tahun 2018.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh berkata,untuk itu penjawat awam dituntut kepada perubahan minda, budaya serta proses kerja yang efisyen, feksibel, integrity dan berdaya saing serta keluar dari keselesaan tidak hanya berpuas hati dengan hasil dan pencapaian semasa semata-mata.
Beliau berkata demikian pada Program Turun Padang Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) "Jasamu Di Kenang" Pedalaman Atas di Keningau.
Katanya, penyampaian dan kecekapan tadbir urus yang baik merupakan ekspektasi perlu diberi perhatian selaras dengan dasar Kerajaan yang mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan pencapaian.
Justeru itu katanya, penjawat awam seharusnya sentiasa prihatin kepada keperluan rakyat dan sentiasa terbuka kepada maklum balas yang diterima dari rakyat setempat.
Tambah Datuk Radin yang juga Wakil Rakyat Melalap, penjawat awam juga harus meletakkan diri sebagai agen transformasi yang berkesan sebagai pelaksana program pembangunan, penyampai maklumat yang sahih, jelas, tepat dan mudah difahami rakyat.
Terdahulu berucap pada majlis tersebut, beliau menyeru kepada pesara untuk terus menyumbang idea dan tenaga melalui penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan, persatuan , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.
Katanya, pesara yang bergiat aktif diharapkan dapat membantu kerajaan dalam apa juga program yang dirancang demi kepentingan dan kesejateraan rakyat.
Pada majlis tersebut seramai 68 pesara kawasan pedalaman diraikan.

Datuk Radin Malleh ketika menyampaikan ucapan di dalam program tersebut |

400 buah keluarga kurang berkemampuan diseluruh negeri dikenalipasti untuk terima pelbagai bantuan pada program jelajah Mobile Team Verifikasi eKasih 2015
Oleh LeoLerry
KENINGAU: Jabatan Perdana Menteri JPM Sabah telah mengenalpasti 400 buah keluarga di seluruh sabah yang kurang berkempampuan untuk diberikan bantuan berkaitan melalui program lawatan Mobile Team Verifikasi eKasih untuk tahun 2015.
Ketua Seksyen kesejahteraan rakyat di jabatan itu Mohd Hijri Mat Rani, program yang diadakan untuk peringkat awal diadakan di Daerah Keningau yang melibatkan 30 buah keluarga dari kawasan Dewan Undangan Negeri DUN Bingkor dan DUN Liawan.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menyampaikan taklimat ringkas pada program itu di bilik Gerakan Annex di Keningau.
Jelas beliau, melalui program secara turun padang yang disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Kebajikan Am, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI), Yayasan Usaha Maju, Kumpulan Yayasan Sabah, Jabatan Kemajuan dan Masyarakat KEMAS , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah JHEAINS, Pejabat Daerah, Bank Rakyat dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat UPPM dan Majlis Amanah Rakyat MARA adalah untuk melihat permasalahan rakyat sekaligus menyalurkan bantuan berkaitan dan mengetengahkan penduduk-penduduk kampung yang mempunyai kemahiran tersendiri dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan sosioekonomi mereka.
Sementara itu, penduduk kampung di Kawasan DUN Bingkor yang dilawati menzahirkan terima kasih atas keprihatinan pelbagai agensi kerajaan untuk meringankan beban mereka.
Bagi Rogar Kunjin 52 tahun yang juga merupakan seorang petani berasal dari Kampung Takad Apin-Apin berharap agar pelbagai bantuan dapat disalurkan untuk meringankan beban mereka sekeluarga selain memuji usaha pihak kerajaan dalam mendekati permasalahan rakyat secara turun padang melalui program ini.
Seorang lagi penduduk kampung Apin-apin Mohamad Faizal Alli 35 tahun ,permohonan mendapatkan bantuan rumah di program bantuan rumah PBR diluluskan memandangkan rumah yang diami mereka bersama lapan orang anaknya masih kecil telah usang dan tidak selamat kerana kebanyakan struktur rumahnya telah rapuh. Beliau turut berharap melalui program yang disertai pelbagai agensi itu membolehkannya mendapat pekerjaan tetap dalam menampung keluarga memandangkan beliau mempunyai kemahiran bertukang.
Bagi seorang lagi penduduk kampung di kampung kilambang Apin-apin yang merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah iaitu Jesiah Kondo 47 tahun berharap agar bantuan berkaitan dapat disalurkan dalam meringankan beban mereka sekeluarga memandangkan pada masa kini segala perbelanjaan keluarga ditanggung beliau sendiri.
Beliau turut memohon pertimbangan mengikuti latihan kemahiran dalam bidang pertanian untuk mengusahakan tanah miliknya.

Mohd Hijri Mat Rani ketika menyampaikan taklimat sebelum program bermula. |
Jelas beliau, melalui program secara turun padang yang disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Kebajikan Am, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI), Yayasan Usaha Maju, Kumpulan Yayasan Sabah, Jabatan Kemajuan dan Masyarakat KEMAS , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah JHEAINS, Pejabat Daerah, Bank Rakyat dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat UPPM dan Majlis Amanah Rakyat MARA adalah untuk melihat permasalahan rakyat sekaligus menyalurkan bantuan berkaitan dan mengetengahkan penduduk-penduduk kampung yang mempunyai kemahiran tersendiri dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan sosioekonomi mereka.
Sebahagian daripada kakitangan awam yang terlibat dalam program tersebut. |
Sementara itu, penduduk kampung di Kawasan DUN Bingkor yang dilawati menzahirkan terima kasih atas keprihatinan pelbagai agensi kerajaan untuk meringankan beban mereka.
Bagi Rogar Kunjin 52 tahun yang juga merupakan seorang petani berasal dari Kampung Takad Apin-Apin berharap agar pelbagai bantuan dapat disalurkan untuk meringankan beban mereka sekeluarga selain memuji usaha pihak kerajaan dalam mendekati permasalahan rakyat secara turun padang melalui program ini.
Rogar Kunjin ketika ditemuramah oleh wartawan Keningau FM |
Seorang lagi penduduk kampung Apin-apin Mohamad Faizal Alli 35 tahun ,permohonan mendapatkan bantuan rumah di program bantuan rumah PBR diluluskan memandangkan rumah yang diami mereka bersama lapan orang anaknya masih kecil telah usang dan tidak selamat kerana kebanyakan struktur rumahnya telah rapuh. Beliau turut berharap melalui program yang disertai pelbagai agensi itu membolehkannya mendapat pekerjaan tetap dalam menampung keluarga memandangkan beliau mempunyai kemahiran bertukang.
Mohamad Faizal Alli |
Bagi seorang lagi penduduk kampung di kampung kilambang Apin-apin yang merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah iaitu Jesiah Kondo 47 tahun berharap agar bantuan berkaitan dapat disalurkan dalam meringankan beban mereka sekeluarga memandangkan pada masa kini segala perbelanjaan keluarga ditanggung beliau sendiri.
Beliau turut memohon pertimbangan mengikuti latihan kemahiran dalam bidang pertanian untuk mengusahakan tanah miliknya.
Jesiah Kondo (berbaju hijau) ketika menerima sumbangan daripada Kumpulan Yayasan Sabah Cawangan Keningau. |
Subscribe to:
Posts (Atom)