Tuesday, 25 August 2015

Kelab Penerbangan ringan Microlight temui peminat penerbangan 3 September sempena Bulan Kebangsaan di Tenom.

Oleh Dullis Saimon

KENINGAU: Kelab Penerbangan ringan Microlight dijangka akan sekali lagi menemui peminat penerbangan itu dalam satu pertunjukkan sempena menyambut bulan kebangsaan peringkat daerah Tenom pada 3 September akan datang ini.

     Demikian dinyatakan Pengerusi kelab itu Lo Su Fah @ Makku ketika ditemui media selepas mengetuai ahli ahli penerbangan kelab itu mengadakan raptai penerbangan di padang penerbangan di Keningau baru-baru ini.

     Selain itu katanya, Kelab itu kini semakin diminati malah lebih ramai anak anak muda ingin mendaftar untuk mengikuti kursus penerbangan ringan tersebut.

     Beliau turut memberitahu bahawa empat pakar juruterbang pesawat ringan yang akan turut serta dalam pertunjukkan itu nanti antaranya seperti Plamen Dari United Kingdom dan Charlie Tan Kuan,Tan Kok Hwa serta Yen Yoon Fah dari Kuala Lumpur. Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai dapat hadir bagi menyampaikan pertunjukkan itu nanti.


2 comments: